TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Wednesday, January 22, 2014

Pemohonan BR1M 2014 di LHDN

Pemohonan BR1M di LHDN

Oleh kerana terdapat sedikit masalah mengenai pemohonan BR1M yang dibuat oleh mak aku, so..pagi tadi terpaksa la ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kuala Terengganu. Pemohonan mak  aku terpaksa dibuat secara manual iaitu menggunakan borang. Konsep pemohonan manual ni sama konsep je macam pemohonan secara online. Yang bezanya, cuma pemohonan secara manual ini perlu dibuat di pejabat LHDN. Semasa penghantaran borang pemohonan tersebut, satu dokumen pengenalan diri iaitu salinan fotostat kad pengenalan perlu dilampirkan bersama borang tersebut. Lepas tu, hantar kat kaunter yang disediakan oleh LHDN. Pengawai LHDN akan memotong keratan dari borang tersebut sebagai bukti penghantaran borang. Keratan tersebut mestilah di cop oleh pengawai LHDN.

Keadaan di pejabat LHDN Kuala Terengganu sesak jugak tadi. Ramai jugak yang membuat pemohonan secara manual. Di LHDN Kuala Terengganu jugak ada disediakan kaunter pemohonan secara online. Bagi yang tiada masalah, pengawai LHDN lebih menyarankan supaya membuat pemohonan secara online kerana ianya lebih mudah. Semua urusan mengenai BR1M di LHDN Kuala Terengganu dibuat di tingkat 5 bagi menggelakkan kesesakan di kaunter biasa. Tak payah risau, banyak kaunter disediakan. Hantar borang pemohonan mak aku tadi pun, tak sampai 5 minit. Kalau yang tiada masalah tu, lebih baik daftar online je kat link ini https://ebr1m.hasil.gov.my/, lagi mudah, cepat dan menjimatkan masa sebab tak payah pergi LHDN. Ok, selamat memohon.

p/s: Anda dah memohon k belum?

3 comments: