TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Sunday, December 1, 2013

Misteri kehilangan 3 beradik - Noor Syafikah Nadia


Misteri kehilangan 3 beradik terjawab apabila operasi pencarian telah menemukan dua baki 2 beradik yang hilang hari ini. Noor Syafikah Nadia, 14 tahun dilaporkan ditemui oleh orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar, semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim ketika membuat kenyataan menyifatkan kejadian berkenaan bukanlah tragedi biasa. Beliau turut menambah, bedah siasat terhadap mayat Noor Syafikah mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan lemas dan pihaknya tidak menemui kesan-kesan lain pada badan mangsa. Tiada sebarang kesan kecederaan seksual termasuk rogol melainkan kesan calar pada bahagian belakang mangsa dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dua lagi mayat yang ditemui di Terusan Mada Kampung Padang Petani masih menunggu laporan bedah siasat. Datuk Ahmad menyifatkan kejadian ini bukan tragedi biasa disebabkan ketiga-tiga mangsa ditemui di lokasi berasingan dan pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyiasat kes terbabit.

p/s: Takziah kepada keluarga mangsa.

1 comment:

  1. sian kan...memang kejam lah manusia yang buat tu....
    takut betol bila da kes sebegini

    ReplyDelete