Begitu cepat waktu berlalu
Tanggal 7 Disember 2012
Orang aku kehilangan seorang yang bernama ayah
Pergi menyahut seruan Ilahi
Hari ini
7 Disember 2013
Cukup setahun aku kehilangannya
Cukup setahun aku tidak menatap wajahnya
Cukup setahun aku tidak bersua dengannya
Cukup setahun aku tidak mendengar gelak tawa nya
Cukup setahun aku tidak mendengar kata-kata nasihatnya
Cukup setahun aku tidak memanggilnya dengan panggilan Ayah
Cukup setahun aku tidak mendapat kata-kata semangat darinya
Tiada lagi semua itu
Hingga ke akhir hayat ku
InsyaAllah, akan ku temu semua itu pada suatu ketika nanti
Walaupun
Sudah setahun ayah meninggalkan kami sekeluarga
Tapi, perasaan terasa ayah masih dekat bersama kami
Senyuman, gelak tawa, wajah mu masih dalam ingatan
Setiap saat sentiasa segar dalam ingatan
Walaupun,
luaran melihat aku kelihatan gembira
Tapi, hati ini sentiasa sedih kerana sentiasa teringat ayah
Ayah pergi tanpa meninggalkan pesan pada aku
Pergi tanpa mengucap kata-kata terakhir untuk aku
Ayah pergi tanpa aku disisi disaat-saat terakhirnya
Perasan menyesal sentiasa ada bila mengingati kembali saat itu..
Sesungguhnya,
Aku amat merindui dia
Aku ingin menatap wajahnya
Aku ingin mendengar gelak tawa nya
Aku ingin melihat senyumannya
Aku ingin bersua dengannya
Aku ingin memeluknya
Aku ingin mendengar kata-kata nasihat darinya
Aku ingin lagi kasih dari mu ayah
Ya Allah,
Jagalah ayah aku
Tempatkan lah dia digolongan orang-orang beriman
Tempatkan lah dia di golongan orang-orang soleh dan solehah
Tempatkan lah dia di golongan orang-orang dirahmatiMu
Tempatkan lah dia di golongan orang-orang dirahmatiMu
Berikan ketenangan dia di alam sana
Berikan kesihatan yang baik kepada dia di alam sana
Aminn...
~AL-FATIHAH~
Al-Fatihah buat arwah ayah wan..mudahan rohnya di tempatkan dikalangan org yg beriman..samala kita pun dah tak ada ayah dah dekat 7 tahun
ReplyDeleteIMAN PON rindu ayah...alfatihah
ReplyDelete