TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, October 14, 2013

Melaka tour

Oleh kerana tak dapat balik kampung berhari raya, So apa lagi..plan dengan kawan-kawan pergi jalan-jalan. Destinasi pilihan kali ini ke Bandar Besejarah iaitu Melaka. Rombongan seramai 10 orang..5 lelaki dan 5 perempuan. Pagi-pagi lagi dah bertolak dengan 2 buah kereta Viva dan sampai di destinasi pada pukul 10 setengah seperti yang dirancang.

Ok, destinasi pertama ialah di Muzium Samudera. Tiket masuk ke muzium ini berharga RM3 untuk warga Malaysia, kalau orang yang tiada MyKad kena bayar RM6. Memang berbaloi dengan harga RM3 ini, sebab dengan satu tiket, kita dapat masuk 3 muzium. Nak cerita pasal muzium samudera, dalam muzium ini terdapat khazanah-khazanah bersejarah antaranya barangan-barangan tinggalan sejarah, patung orang-orang terkenal pada masa dahulu, replika kapal dan banyak lagi.





Destinasi kedua iaitu Muzium Samudera yang bersebelahan muzium kapal..dalam muzium ini terdapat sejarah-sejarah dari pelbagai negeri. Selain itu, terdapat juga gambar pedagang-pedagang yang pernah datang ke negeri Melaka. Konsep muzium ini santai dengan suasana yang agak gelap tetapi dengan cahaya lampu yang sangat menarik.



Muzium ketiga ialah Muzium TLDM..lokasi tidak jauh dengan 2 muzium tadi. Yang menarik mengenai muzium ini ialah di dalamnya terdapat banyak sejarah mengenai TLDM. Banyak info-info mengenai TLDM boleh dapat kat sini. Pameran peralatan seperti helikopter, kapal perang, bom dan banyak lagi. Memang sangat menarik muzium ini.



Ok..lokasi seterusnya ialah Menara Taming Sari. Tiket untuk masuk ke menara ini ialah RM10. Kalau nak tengok pemandangan bandaraya melaka dan Selat Melaka, boleh naik menara ini. Ketinggian menara ini dah lupa dah..tapi, tinggi jugak la...Apabila naik kat atas sana, pengunjung boleh melihat sekeliling bandaraya Melaka kerana ianya boleh berpusing. Agak gayat jugak bila naik menara ini.




Seterusnya, jalan-jalan sekitar Dataran Pahlawan. Tengok gambar bawah tu. Sebenarnya buat-buat berani pegang si ular tu. Rasa macam tak takut sangat, tapi macam rasa tak selesa kat bahagian leher..geli rasa apabila ular tu bergerak-gerak. Untuk pegang ular ini, bayaran RM5 dikenakan. Berbaloi la..first time pegang binatang ini..suatu pengalaman baru..


Lokasi seterusnya ke A Famosa. Siapa tak kenal kan tempat ni. Kalau datang Melaka, confirm akan singgah sini. Gambar yang ni kat bahagian bawah, untuk ke bahagian atas perlu menaiki hampir 200++ anak tangga..agak tinggi jugak la..Tapi, berbaloi..sebab dapat melihat pemandangan Selat Melaka.



Next..next..ke Istana Melaka pulak. Tiket untuk masuk ke sini berharga RM2 sahaja. Best masuk kat sini. Sebab dapat mengetahui sejarah kesultanan Melaka. Kat dalam ni bukan sahaja ada pasal kesultanan Melaka, sejarah kesultanan negeri lain pun ada. Memang menarik dengan replika patung-patuing sultan Melaka, Hang Tuah, Hang Jebat, dan pedagang-pedagang yang pernah datang ke Melaka.


Pada sebelah malam la yang paling best sebab keindahan lampu-lampu di seluruh bandaraya ini. Tak lupa juga kemeriahan lampu-lampu dari beca-beca. Kalau tengok beca kat sini, memang teruja..cantik sangat-sangat. Destinasi pada sebelah malam ialah di Jonker Walk. Kat sini, barang-barang memang murah. Pelbagai barang ada..ianya berkonsep seperti uptown. Ok, tujuan pertama ke sini ialah nak naik River Cruise Melaka. Memang best naik bot river cruise ni..berbaloi dengan harga tiket RM10. dapat melihat keindahan bandaraya Melaka yang pernuh dengan keunikkan.



Apa-apa pun, trip jalan-jalan kali ini memang best. Berbaloi walaupun lenguh kaki berjalan-jalan satu bandaraya Melaka. Lain kali, boleh lagi pergi jalan-jalan kat sini, sebab banyak tempat lagi tak sempat dikunjungi.

1 comment: