TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Wednesday, October 9, 2013

Majlis Konvokesyen Ke-13 UTHM


Majlis Konvokesyen Ke-13 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berlangsung pada 5 hingga 7 Oktober 2013. Majlis tersebut diadakan di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM.

Source: website UTHM

Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, selaku Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkenan mencemar duli menyempurnakan upacara pemasyhuran dewan konvokesyen baharu UTHM yang kini dikenali sebagai Dewan Sultan Ibrahim. Dewan baharu yang boleh memuatkan seramai 3000 orang ini merupakan salah satu fasiliti yang menjadi kebanggaan warga universiti. Konvokesyen kali ini menyaksikan seramai 3520 orang siswazah menerima sijil masing-masing merangkumi pelbagai peringkat pengajian iaitu Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma.

Bersempena Konvokesyen Ke-13, Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin telah menyempurnakan majlis perasmian Pesta Konvokesyen yang diadakan pada 2 Oktober baru-baru ni bertempat di Padang Kawad, UTHM. Berbeza daripada tahun sebelumnya, Pesta Konvokesyen kali ini berlangsung selama 7 hari dan dimeriahkan dengan pelbagai acara bermula dari 1 hingga 7 Oktober. Selain untuk memeriahkan suasana konvokesyen, pesta ini diadakan bertujuan meraikan para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing. 

Source: website UTHM

Tahniah kepada Ex-roommate


TAHNIAH KEPADA SEMUA GRADUAN UTHM YANG TERLIBAT
DENGAN KONVOKESYEN KALI KE-13

8 comments:

  1. WAHHH tahniah2 kepada semua graduan UTHM :)

    Entry Terbaru : http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/10/bikin-dialog-gambar-minah-ni-kalau-nak.html

    ReplyDelete
  2. tahniah diucapkan kepada semua graduate...

    ReplyDelete
  3. masa saya konvo dulu pun, Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, selaku Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkenan mencemar duli menyempurnakan upacara pemasyhuran dewan konvokesyen baharu UTHM..tahniah kepada mereka yang berjaya

    ReplyDelete
  4. memang mama nampak kemeriahnnya.. :)
    mama singgah dan menabung di sini untuk wan..

    ReplyDelete
  5. yeahhh...sy baru pas knvo kt cni baru ni...=)

    ReplyDelete