TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, October 28, 2013

Harga Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyediakan 75,000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 antara Kelantan dan Pahang yang mula dijual kepada orang ramai, Rabu ini.

Tiket perlawanan akhir pukul 8.45 malam di Stadium Shah Alam, Ahad ini, ditetapkan pada RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM Datuk Afandi Hamzah berkata badan induk itu memperuntukkan masing-masing 30,000 tiket kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP).

Katanya, baki 15,000 tiket akan dijual di kaunter Pintu A dan C di Stadium Shah Alam mulai 9 pagi, Rabu ini.

"Orang ramai boleh membeli tiket di negeri masing-masing mulai masa yang sama," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengelola final Piala Malaysia 2013 di Wisma FAM, Kelana Jaya. - BERNAMA


1 comment: