TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Thursday, September 5, 2013

Majlis tamat praktikal di PMINT

Assalamualaikum..hari ini cukup la 10 minggu menjalani praktikal di Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) di Bahagian Perkhidmatan Teknik. Terasa begitu sekejap waktu berlalu..macam baru semalam je mula praktikal.

Hari terakhir di PMINT

Sempena hari terakhir kami semua menjalani praktikal di PMINT, pagi tadi pihak Bahagian Perkhidmatan Teknik telah mengadakan majlis perpisahan untuk kami semua. Sebenarnya, majlis tersebut majlis 3 dalam 1 iaitu majlis sempena keberangkatan seorang staff di Bahagian Perkhidmatan Teknik yang akan berangkat Tanah Suci Mekah tak lama lagi..yang kedua sempena tamat praktikal kami dan yang ketiga ialah Jamuan Hari Raya Bahagian Perkhidmatan Teknik. Majlis tersebut bermula pada jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Ianya dihadiri oleh semua warga PMINT.



Majlis ini telah meraikan kami 9 orang yang tamat praktikal pada hari ini. 9 orang tersebut ialah 6 orang dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), 2 orang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan seorang lagi dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Dalam majlis tersebut, cenderamata dari pihak PMINT diberikan kepada kami semua. Dan tak lupa juga..makanan yang disediakan..sedap-sedap semuanya..

Cenderamata dari PMINT

Kami semua amat menghargai jasa pihak PMINT yang telah memberi peluang kepada kami semua menjalankan praktikal di PMINT selama 10 minggu. Selama 10 minggu ini, banyak  ilmu yang diperolehi yang berkaitan bidang dipelajari. Ilmu-ilmu tersebut amat berguna untuk kami semua yang bakal menempuhi alam pekerjaan tidak lama lagi. Jutaan terima kasih dirakamkan kepada semua warga PMINT yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami. Yang paling akan dirindui nanti ialah staff di Bahagian Perkhidmatan Teknik kerana mereka semua baik-baik semuanya. Walaupun kami semua hanya pelajar praktikal, tapi layanan yang diberikan kepada kami semua amat baik sekali. InsyaAllah..kalau ada masa, Wan akan cuba melawat mereka semua semula nanti.


TERIMA KASIH PMINT
JASA MU DIKENANG!!


10 comments:

  1. BW sni..Alhamdulillah..habis sudah berpraktikal..saya menyusul tahun depan..hee...All the best!!

    ReplyDelete
  2. ayat last sekali tu..PMINT dalam otak aku baca peminat..dah cam artis dh ko bro..hahaha :P

    ReplyDelete
  3. habes dah..siap dapat cenderahati lagi tuuu

    ReplyDelete
  4. dah habis praktika dapat plak cenderamata, aku takde plak dapat..hahaha

    ReplyDelete
  5. rindu plk zaman praktikal dulu2... nanti dah abis belajar, rindu zaman belajar plak. heehe gudluck wan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..memang selalu macam tu..yang paling dirundui time zaman sekolah...

      Delete