TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, September 2, 2013

Bukan kembar, tapi seiras


Sebelum ini, Wan ada buat entri Blogger Aswan Azmy ada 2 orang kembar!..yang belum baca, boleh baca kat SINI. Sebenarnya, Wan dengan dia orang bukan kembar tiga. Tapi, dia orang berdua tu memang betul-betul kembar. 

Kami bertiga, umur sama..muka pun seiras (seiras k..bagi wan..tak pun)..satu universiti..tinggal di rumah sewa yang sama..tinggal pun di Terengganu..daerah yang sama..kampung pun..tak jauh sangat.

Wan mula kenal dia orang sejak pada tahun 2007. Masa daftar diploma di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu. Sejak dari itu la Wan rapat dengan dia orang. Masa diploma dulu pun, tinggal satu rumah sewa dengan dia orang. Lepas itu, dalam satu bilik yang sama pulak. Masa mula-mula kenal dulu, memang tak boleh nak beza jugak rupa dia orang tu..sama kot..tak ada beza..tapi, bila dah lama tinggal sebilik dengan dia. Nampak dia orang tu dah tak macam kembar dah.


Kalau time belajar pulak, tak kira di Politeknik dan UTHM..Pensyarah pun konfius dengan kami bertiga. Majoriti, pensyarah panggil kami bertiga ni kembar tiga..hehe.. Kawan-kawan satu kelas pun cakap macam tu. Ada tu, bagi gelaran abang long untuk Wan..dia orang tu sebagai adik Wan..haha...


Kalau diluar pulak, macam Wan cerita pada entri yang lepas la..Kalau orang nampak kami bertiga, mesti buat muka kehairanan. Kami bertiga dah tak rasa pelik kalau orang tengok kami bertiga macam tu..dah biasa dah..


Serius Wan cakap..nak beza kembar 2 orang ni memang susah. Kawan-kawan yang dah kenal hampir 3 tahun pun tak dapat bezakan lagi dia orang tu. Apa tak nye, janggut sama panjang..rambut sama style..bentuk tubuh badan pun sama..apa tah lagi muka yang sama..hehe..tapi, bagi Wan..semua tu tak sama langsung..dah hampir 7 tahun kenal dan selalu bersama dengan dia orang..confirm la boleh beza. Perangai dia orang tu pun Wan kenal.. Lepas grad nanti..tak tahu la boleh kerja sekali dengan mereka k tak.. :)


11 comments:

  1. Salam, Saya yang membaca ini pun confused. Memang kisah benar....Jangan jadi buaya tembaga sudah. Hihihi.

    ReplyDelete
  2. klo da lme kenal..tp xtw beza gk..xtw la nk kte pe..hehe..

    btw,suka tgok psgn kembar..diorg nmpk sweet bile b'sama..#eh?tp mmg ya pun..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang susah nak beza..Wan pun..kadang2 trtukar jgk...hehe..sweet k!..tpi..time gaduh..habis la sweet tu..jd sweet sour..haha

      Delete
  3. mantap ah ada kawan camni..moga kekal smpai bile2 bro :)

    ReplyDelete
  4. Kalau sekali tengok memang macam kembar seiras ketiga-tiganya.

    ReplyDelete
  5. akak pun ada kembar sepupu..memang susah nak beza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..tapi..bila dah kenal lama..nampak tak macam kembar pulak

      Delete