TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Friday, August 16, 2013

Tradisi hari raya enam

Assalamulaikum

Salam Jumaat..salam 9 Syawal 1434H. Hari raya enam!... ianya disambut sempena orang yang berpuasa selama 6 hari di bulan Syawal. Biasanya, puasa 6 bermula pada 2 Syawal dan berakhir pada 7 Syawal. Pada 8 Syawal, hari raya enam disambut. Mengikut tradisi orang-orang di Terengganu, hari raya enam disambut dengan membersihkan kawasan tanah perkuburan yang berhampiran. 

Oleh kerana hari raya enam jatuh pada hari khamis pada tahun ini, kerja-kerja gotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan terpaksa diadakan pada hari ini. Ianya kerana, pada hari khamis ramai orang bekerja. So, hari jumaat la yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti tersebut kerana semua orang tak bekerja hari ini.

Tiap-tiap tahun, aktiviti hari raya enam sangat meriah di tanah perkuburan. Kerana, semua penduduk yang berhampiran turun padang membersihkan tanah perkuburan. Biasanya, golongan lelaki akan menjalankan aktiviti membersih manakala, golongan-golongan wanita akan menyediakan makanan. Selepas selesai aktiviti gotong royong, majlis diakhiri dengan makan beramai-ramai.




Kubur arwah ayah

p/s: Selain kawasan kubur dapat dibersihkan, ianya dapat mengeratkan ikatan silaturahim di kalangan penduduk kampung.

4 comments:

  1. bagus aktiviti macam ni sebenarnya... jarang nak tengok aktiviti macam ni, bukan x ada, ada, tapi kebiasaannya semua membersihkan kubur ahli keluarga sahaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..di Terengganu..majoriti masih lagi mengekalkan tradisi macam ni setiap tahun..

      Delete
  2. oh baru tau pasal tradisi ne hehe

    ReplyDelete
  3. ohh yeke.. baru tau pasal ni. selamat hari raya

    ReplyDelete