TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Tuesday, August 27, 2013

Sangkar TV9 - Slot Ratu



Sangkar drama bersiri terbaru TV9 akan menemui penonton di Slot Ratu TV9 pada setiap hari selasa dan rabu, jam 8:30 malam.

Pelakon
Nabila Huda, Nazim Othman, Zul Ariffin, Amee Sharmaine, Azizah Mahzan, Erma Fatima

Sinopsis

Mengisahkan mengenai kehidupan dua sahabat baik, Yasmin dan Umar yang mempunyai kehidupan berbeza. Umar dibesarkan dengan penuh kemewahan oleh bapanya Tuan Syed, manakala Yasmin pula hidup susah bersama ibunya, Kamsiah. Takdir menentukan pertemuan Yasmin dengan Tuan Syed dan memilih untuk bekerja dengannya kerana memikirkan ibunya yang sakit dan memerlukan belanja yang banyak untuk rawatan penyakitnya itu. Umar yang marah akan tindakan Yasmin pergi membawa diri ke Spain. Adakah Umar akan terus lari daripada masalahnya dan membiarkan bapanya merampas segala yang dimilikinya? Bagaimana pula nasib Yasmin setelah Umar pergi meninggalkannya? Segalanya bakal terjawab dalam drama bersiri 13 episod ini.

1 comment:

  1. oooo...timing tu xbrape sesuai sbb time tu mun tgk berite..hehe

    ReplyDelete