TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Wednesday, August 21, 2013

OHBlogger Blogger Baru


Segmen dari blogger favourite iaitu Hasrul Hassan. Hari ini, blog milik beliau OHBlogger telah melancarkan satu segmen khasnya untuk blogger-blogger baru seperti Wan la kot. Nama Segmen ialah "OHBlogger Blogger Baru ". Tujuan segmen ini ialah untuk berikan peluang dan ruang untuk blogger baru memperkenalkan blog mereka dan sekaligus membantu blog mereka untuk diterjah rakan blogger lain, baik yang lama mahupun baru.

Syarat segmen ini ialah hanya perlu menceritakan serba sedikit berkaitan blog sendiri. Ok, mungkin ada dah tahu serba sedikit mengenai blog Wan. Oleh kerana Wan ingin menyertai segmen ini. Wan akan menceritakan serba sedikit mengenai blog ini. Ok..nama penuh Wan..Mohd Aswan Bin Azmi. Seorang blogger yang dari Pantai Timur Terengganu "This is Pantai Timur". Sudah sedia maklum, nama blog Wan "Aswan Azmy Blog". Nama blog diilhamkan sempena nama sebenar Wan. Tidak lupa juga, simbol A2 pada header blog ialah singkatan kepada nama blog. Bahasa panggilan di dalam blog hanya "Wan" untuk memudahkan interaksi diantara blogger-blogger yang lain.

Blog ini dilahirkan pada Julai 2010. Tetapi, kurang aktif sehingga la pada tahun 2013 blog "Aswan Azmy Blog" lebih mendekatkan dengan dunia blog. Ok, tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk personal sahaja. Akan tetapi, peluang blog ini diambil untuk menceritakan mengenai Negeri Terengganu iaitu negeri kelahiran Wan. Selain itu, untuk berkongsi ilmu mengenai bidang Kejuruteraan Awam. Bidang Kejuruteraan Awam adalah bidang yang belajar sekarang di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Entri untuk Negeri Terengganu lebih mengfokuskan dengan tempat-tempat menarik di negeri ini. Selain itu, entri paling popular ialah "Kamus Bahasa Terengganu". Sekarang ini, entri bahasa Terengganu telah mempunyai 10 part. Manakala, entri mengenai "Kejuruteraan Awam" lebih mengfokuskan kepada dunia pembinaan seperti kerjaya, bidang-bidang kejuruteraan awam, kerja-kerja pembinaan dan pelbagai lagi. Info ini amat berguna untuk orang yang terlibat dengan bidang kejuruteraan awam.

Tujuan melibatkan diri dalam segmen ini adalah untuk memperkenalkan lagi "Aswan Azmy Blog" di alam maya ini. Selain itu juga, semoga follower semakin bertambah apabila join segmen OHBlogger ini. Apa-apa pun terima kasih kepada Hasrul Hassan kerana memberi peluang kepada blogger-blogger baru mempertengahkan diri dalam dunia blog.

14 comments:

  1. Selamat Bersegmen.. ^___^ Salam dari azstory..

    ReplyDelete
  2. =)
    http://mesrailmu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. singgah sini.. dr segmen sama

    http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2013/08/ohblogger-blogger-baru.html

    ReplyDelete
  4. melawat teman....dari segmen ni

    http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/08/ohblogger-blogger-baru.html

    ReplyDelete
  5. salam kenalan...datang dari segmen yang sama...harap2 blh jadi rakan blogger...

    http://sigadisberkacamata.blogspot.com/2013/08/ohblogger-blogger-baru.html

    ReplyDelete
  6. Salam, Qeela dtg singgah dr segmen yg sama :) Dah follow sini jugak, kalau sudi follow la balik yea :) Salam kenal & all the best! :)

    http://ourrandomrainow.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Singgah sini membalas kunjungan :)
    haii wan kte pn org tganu jugk . . peace :D
    good luck :)

    ReplyDelete
  8. salam aswan.. done follow! good luck k. saya ore klate. jire la kito. huhu

    ReplyDelete
  9. gud luck dr segmen yg sama
    http://hunyieda.blogspot.com/2013/08/ohblogger-blogger-baru.html

    ReplyDelete
  10. Hi,dari segmen yang sama. selamat berkenalan. Gud Luck! http://akudot.blogspot.com/2013/08/ohblogger-blogger-baru.html

    ReplyDelete
  11. As-Salam. Bro datang singgah jenguk blog rakan blogger segmen ini. Suka dengan penampilan untuk bercerita soal negeri Terengganu. Tahun 2014 adalah tahun melawat Terengganu, jadi gunakan kesempatan yang ada sekarang untuk bercerita lebih mengenai negeri Terengganu, Mungkin nanti akan ada yang singgah sini akibat tempiasnya...

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete