TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Sunday, August 25, 2013

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PMINT 2013

Assalamualaikum..Hari ini, 25 Ogos 2013 bersamaan 18 Syawal 1434H, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013. Majlis tersebut diadakan di Dewan Konvokesyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Majlis ini bermula pada pukul 8:30 pagi dengan ketibaan warga kerja PMINT dan tetamu jemputan. Majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan raya kepada 100 pelajar anak yatim dari sekolah-sekolah sekitar Kuala Terengganu. Sumbangan tersebut juga diberikan kepada warga emas. Sumbangan disampaikan oleh Pengurus Besar PMINT, Dato' Haji Osman Bin Muda.

Pelajar anak yatim yang menerima sumbangan

Majlis dimeriahkan lagi dengan jamuan hari raya bersama-sama warga kerja dan tetamu dari kalangan pelajar anak yatim dan warga emas. Selepas itu, anak-anak yatim tersebut dibawa melawat monumen-monumen di Taman Tamadun Islam.

Jamuan hari raya diadakan sehingga ke waktu tengahari. Majlis ini diserikan lagi dengan nyanyian pelbagai lagu-lagu raya dari band jemputan dan warga kerja PMINT sendiri. Selain itu, yang menarik perhatian ialah PMINT FM. PMINT FM ialah satu produk keluaran PMINT yang berkonsepkan penyampaian radio. Menurut info yang diberikan tadi, PMINT FM telah banyak menerima anugerah. Ianya dikendalikan oleh warga kerja PMINT sendiri.

Persembahan dari band jemputan

Kalau jamuan hari raya, perkara yang mesti menjadi perhatian ialah menu hidangannya. Menu yang paling perhatian untuk majlis ini ialah kambing panggang (4 ekor). Beratur panjang tetamu di gerai yang menyediakan hidangan kambing panggang. Menu lain ialah Nasi Beriani, Nasi Minyak, Nasi Dagang, satay, rojak, kerepok dan kuih muih. Terdapat juga menu tradisional seperti tapai. Minuman pula seperti Roselle, Cendol, Laici kang, fresh oren, tea dan pelbagai lagi.

Kambing panggang

Kuih muih

Dekorasi di luar Dewan Konvokesyen TTI

Jadi sebahagian warga PMINT selama 2 bulan

p/s: First time menghadiri Majlis Hari Raya anjuran PMINT.

1 comment: