Golongan yang solat tapi celaka
Firman Allah :"Maka celakalah orang yang solat. (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya "
Surah Al-Ma'un ayat 4 dan 5.
1. Orang-orang solat yang celaka ialah mereka yang lalai terhadap solatnya. Allah menggunakan perkataan yang sangat kasar iaitu “celaka” bagi menggambarkan orang-orang ini. Ini menunjukkan bahawa betapa marahnya Allah dan betapa rendahnya martabat orang-orang yang lalai terhadap solat. Lalai terhadap solat kat sini bermaksud melambat-lambatkan solat sehingga di hujung waktu.
2. Orang-orang yang solat semata-mata mahu dilihat orang atau dalam perkataan lain mahu menunjuk-nunjuk (riya’) dalam solat. Riya’ merupakan salah satu daripada syirik Khafi (syirik yang tersembunyi). Jadi, kita tak boleh main-main dengan sifat ni. Bila ada orang ramai kat masjid, baru nak pergi sembahyang tapi bila takde orang pergi masjid, tak kesah pun pasal sembahyang. Bila ada Tok Imam, barulah nak pergi masjid, bila Tok Imam tak ada, melepak kat tempat lain. Inilah dia antara perkara-perkara yang dilakukan oleh orang yang riya’ dalam solat. Kalau pernah terdetik dalam hati kita “Eh, ustazah tengah tengok aku sembahyang, aku kene buat betul-betul ni” atau pun “kalau nak jadi isteri kepada orang-orang yang soleh, kene rajin pergi masjid, harap-harap adalah orang yang perasan kita ni rajin sembahyang kat masjid”, cepat-cepatlah istighfar….
Mohon ampun daripada Allah SWT supaya solat yang kita dirikan tu tak sia2 .
Sumber gambar: Smartsufi.com
mun pon harap mcm tu..semoga solat diterima Allah..
ReplyDeleteyup..semoga Allah menerima ibadat kita selama ini..
Deleteperingatan yg bagus bro..semoga solat kita sentiasa ikhlas kerana Nya :)
ReplyDeleteallahuakbar..
ReplyDeletesemoga dijauhkan perasaan macam tuu . .
ReplyDeletethnxx mengingatkan :)
sama2 kita mengingatkan antara satu sama lain...
DeleteTerima kasih atas ingatan...seram pula baca...
ReplyDeletex0x0 ^_^
Semoga kita dijauhkan dari sifat takbur dan riak...betulkan niat...terima kasih mengingatkan...:)
ReplyDeleteSinggah sini jugak ea...