TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Sunday, July 28, 2013

Madagascar 3: Europe's Most Wanted versi Melayu


Filem animasi Madagascar 3: Europe’s Most Wanted mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan apabila berhasil mengutip lebih RM2 bilion setelah ditayangkan di pawagam seluruh dunia.
Berdasarkan kepada sambutan hangat filem berkenaan, saluran HBO Asia mengambil keputusan untuk menayangkannya dengan versi yang dialih suara dalam bahasa Melayu.
Filem Madagascar 3: Europe’s Most Wanted akan ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri nanti.
Antara barisan artis yang telah menjayakan alih suara filem berkenaan seperti Hafiz Suip, Lisa Surihani, Fahrin Ahmad, Hazama, Didie Alias, Zahid dan Adifashla serta Najib Ali, Taufik Batisah (Singapura) dan Jazz Hassan (Brunei).

HBO Asia akan menyiarkan tayangan perdana Madagascar 3: Europe’s Most Wanted pada Aidilfitri pertama iaitu 8 Ogos depan di saluran HBO (Astro 411) dan HBO HD (Astro 431) pada pukul 8 malam.

Source : Kosmo


6 comments: