TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Tuesday, July 23, 2013

Jerebu Kembali Lagi di Kuala Terengganu

Assalamualaikum

Dalam kita sedang menjalani ibadah Puasa di bulan Ramadan yang mulia ini, tiba-tiba jerebu yang sudah hilang hampir sebulan lebih, nampaknya kembali melanda di beberapa tempat di Malaysia. Mungkin inilah salah satu dugaan kecil pada bulan Ramadhan ini dan berharap semua berjalan dengan tenang dan masalah Jerebu cepat selesai.

Di Kuala Terengganu pada hari ini, keadaan jerebu semakin jelas kelihatan. Mengikut info yang diperolehi dati Jabatan Alam Sekitar. Indek Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Terengganu berada pada bacaan 90-92 iatu dalam keadaan sederhana. Tapi, bacaan tersebut sudah menghampiri pada tahap yang tidak sihat.

Klik SINI untuk lihat IPU di tempat lain.

Keadaan Bandar Kuala Terengganu pada pukul 11: 45 pagi tadi. Gambar ini diambil pada jarak 1 kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu.

p/s: Buka puasa nanti,  minum la air suam dengan banyak dahulu, untuk clearkan tekak yang penuh dengan asap jerebu ini... :)

2 comments: