Assalamualaikum
Sedar tak sedar, ramadhan sudah hampir meninggalkan kita semua. Adakah kita semua telah lengkap dengan amalan-amalan di bulan ramadhan? Adakah kita semua menggunakan peluang di bulan mulia ini dengan perkara-perkara yang berfaedah?. Pertanyaan ini bukan untuk korunk sahaja tapi untuk diri Wan sendiri jugak.
Ok, tak lama lagi kita akan menyambut hari kemenangan umat islam setelah sebulan berpuasa iaitu Hari Raya Aidilfitri. Sebut pasal hari raya, confirm yang bekerja akan ingat pasal cuti raya. Apa tak nya, bagi yang berada di perantau mesti ingin mengambil cuti yang agak panjang jugak. Ye la, untuk balik kampung beraya bersama sanak saudara.
Alhamdulilah, semalam Wan dapat berita gembira. Apa yang gembiranya?... sebab Wan dapat cuti raya selama seminggu. Yahoo..seminggu tak kerja. Fuhh..nasib baik dapat cuti lama. So, dapat la beraya rumah kawan-kawan dan sanak saudara. Time raya ini la masa yang sesuai untuk jumpa kawan-kawan yang telah lama tak jumpa. Sekarang ni kan, masing-masing sibuk dengan haluan hidup masing-masing. So, nak jumpa selalu macam zaman sekolah dulu memang tak boleh. Oleh itu, peluang macam ni tak boleh dilepaskan. Ok, korunk dapat cuti raya berapa lama pulak???
Alhamdulillah, saya dapat bercuti selama dua minggu.
ReplyDeletewah..lagi lama...
Delete