TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, July 29, 2013

Berita : Serpihan Pelita Dalam Perut

KOTA BHARU: Akibat kreatif tidak bertempat, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun terpaksa menanggung azab apabila serpihan besi pelita panjut tertanam di dalam perutnya, selain terpaksa menerima lebih 15 jahitan di tangan kiri selepas eksperimen meletupkan mercun buatan sendiri menggunakan belerang daripada mercun bola yang diisi ke dalam pelita panjut tidak menjadi, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 3 petang di Kampung Banggol Keterah, Tanah Merah itu, mangsa, Muhammad Arish Irfan Che Omar baru selesai menunaikan solat Jumaat bersama bapanya, Che Omar Che Mat, 42. 
Menurut Che Omar, ketika dia tidur, Muhammad Arish Irfan bersama adiknya, Muhammad Azim berusia 11 tahun secara senyap-senyap bermain mercun di kawasan yang terletak lima meter dari rumahnya.

Katanya, anaknya itu menghasilkan mercun buatan sendiri dengan memasukkan belerang mercun bola ke dalam pelita panjut, namun ketika menyalakan sumbu berlaku letupan dan serpihan pelita terkena tangan kiri dan perutnya.

"Saya terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi letupan kuat sebelum Muhammad Arish pulang ke rumah dalam keadaan tangan berlumuran darah.
"Saya menghantarnya ke Hospital Tanah Merah sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), semalam," katanya ketika ditemui di HRPZ II, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad berkata, mangsa dijangka menjalani pembedahan bagi mengeluarkan beberapa serpihan besi pelita di dalam perutnya.

"Setakat ini, Muhammad Arish adalah mangsa ketiga mercun yang dirujuk ke hospital ini. Dia dijangka menjalani pembedahan bagi mengeluarkan serpihan pelita yang meletup itu malam ini," katanya.
Sumber : Metro

2 comments:

  1. ish...ish...kan dah kena...tu r, kreatif x brtempat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..budak2 skrg selalu ambil risiko buat mercun sendiri...

      Delete