Assalamualaikum
Salam 13 Ramadhan 1434H. Alhamdulilah, hari ini dapat rezeki bubur lambuk dari syarikat Wan praktikal sekarang. Memang beruntung Wan dapat praktikal di Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) kerana tiap-tiap hari dapat kuih-muih untuk juadah berbuka puasa. Semalam, Wan dapat Kuih Lipat segera. Tapi, tak makan lagi. Maybe lepas semayang Terawih nanti Wan akan goreng kuih lipat semalam tu dan makan sekali dengan Bubur Lambuk tadi. Syukur Alhamdulilah, murah betul rezeki di bulan Ramadhan yang mulia ni. Okay, salam...selamat bertarawih dan selamat berpuasa untuk 14 Ramadhan esok..
fae x pernah makan bubur lambuk. sedap ke?
ReplyDelete@Nurfaezah Abdullah
ReplyDeletesangat2 sedap...