TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Friday, July 19, 2013

Berbuka Puasa Bersama Warga PMINT

Assalamualaikum


Salam Jumaat..Salam 10 Ramadhan 1434H. Semalam 18 Julai 2013 bersamaan 9 Ramadhan 1434H, Wan mendapat jemputan ke Majlis Berbuka Puasa di Pusat Konvokesyen Taman Tamadun Islam. Ianya adalah majlis anjuran Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), iaitu syarikat Wan praktikal sekarang. 



Majlis tersebut juga, dihadiri oleh semua warga kerja PMINT. Majlis tersebut dimulakan dengan sedikit takzirah mengenai Ramadhan yang disampaikan oleh seorang ustaz sementara menunggu waktu berbuka puasa. Okay, menu berbuka sangat-sangat la banyak..makan ala buffet..sampaikan tak tahu nak piilh menu apa. Tapi, oleh kerana untuk mengelakkan cepat kenyang. Wan just ambil sedikit mee goreng + daging masak merah + daging kambing bakar. Air pulak, Wan pilih air cendol. Untuk pencuci mulut, terdapat banyak kuih-muih tradisi Terengganu antaranya Sata, otak-otak dan lain-lain lagi. 


Alhamdulilah, berbuka puasa semalam boleh dikatakan sangat best sebab berbuka secara beramai-ramai di dalam satu dewan. Terima Kasih PMINT kerana menjemput jugak Wan, walaupun just praktikal je kat sana. Lain kali, jemput lagi..hehe..k..salam..



No comments:

Post a Comment