TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Friday, June 21, 2013

Jerebu di UTHM - Johor

Assalamualaikum

Musim Jerebu datang lagi...
Suasana di UTHM sejak 2 3 hari ni..dah macam kat Cameron Highland
dari pagi sampai malam...asyik nampak kabus je..tapi tak sejuk pun...(padahal jerebu..hehehe)

tengok..gambar yang aku snap 2 hari lepas...
memang teruk..bangunan-bangunan fakulti dah tak nampak dah..
sekarang ni..daerah Batu Pahat berada dalam IPU(aku pn x thu full name dye..tahu shortcut je) 
yang boleh katakan pada tahap bahaya...

Tadi, time jawab paper exam Ekonomi Kejuruteraan..
dah ramai dah..student-student UTHM mula batuk-batuk..
maybe kesan daripada jerebu...

pihak UTHM bagi mask free dan air free hari ni..
maybe..sebab ramai sangat student batuk2 dalm dewan peperiksaan tadi...


ok..aku nak share APA YANG HARUS DILAKUKAN kalau menghadapi jerebu...info ini aku copy dari Facebook Pusat Kesihatan Universiti UTHM


1.Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah.

2.Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, anda dinasihatkan menggunakan penutup hidung dan mulut (mask).

3. Pastikan udara di dalam rumah / bangunan sentiasa bersih. Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.

4. Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.

5. Banyak minum air kosong ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari).

6. Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan aktiviti / menghadiri aktiviti luar.


ok..jaga kesihatan korunk semua di musim2 jerebu ni...k..salam :)

4 comments:

  1. Betul, UTM pun teruk. Sakit2 dah. Igt balik sabah, boleh baik. Sabah pun dah kena jerebu. Hurm,

    ReplyDelete
  2. IPU - Indeks Pencemaran Udara..
    Sebab jerebu, harini sekolah tutup. T_T

    ReplyDelete