TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Tuesday, February 5, 2013

Jurutera Awam

Assalamualaikum

Next entry " Civil Engineering", aku akan terang kat korunk kerjaya sebagai Jurutera Awam..ia adalah salah satu kerjaya daripada bidang Kejuruteraan Awam...Kalau korunk bercita-cita nak jadi Jurutera Awam..perkara pertama..perlu lah melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan Awam dulu yang banyak ditawarkan di IPTA dan IPTS dalam atau luar negara.




Ada syarat yang korunk perlu penuhi antaranya ialah:- (syarat ni aku copy paste dari website Fakulti aku FKAAS UTHM) - syarat digunakan pakai di UTHM..syarat di Universiti lain..mungkin berbeza..kalau beza pun..tak banyak...

Candidates with STPM qualification:
- Pass in Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) with at least a C in General studies, and
- At least a C in one (1) of the following subjects: Mathematics T, Advanced Mathematics T, Physics and Chemistry.

Candidates with Matriculation Certificate (Physical Science Stream)
- Pass in KPM Matriculation program with at least a CPA of 2.00.
- At least a C in Mathematics, Physics and Science.

Candidates with equivalent qualification:
- IPTA Diploma, or equivalent qualification in or related to the field of Engineering, or equivalent, with a CPA of at least 2.70.

Two (2) years working experience in the related field with a CPA of at least 2.50.


Syarat lain:
have taken MUET test.


Setelah korang berjaya ke IPTA dalam bidang ini.... korunk akan didedahkan dengan kefahaman, kemahiran dan segala pengetahuan teknikal ilmu kejuruteraan awam. Selain daripada itu juga korunk akan dididik dengan kemahiran insaniah iaitu kemahiran komunikasi, pemikiran kreatif, kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, keusahawanan, etika dan moral profesional dan kepimpinan.

Selain itu..korunk juga perlu mempunyai ciri-ciri peribadi apabila ingin menjadikan profesion ini sebagai kerjaya korunk...ciri-ciri peribadi yang perlu korunk ada :-
  • Minat dengan profesion ini.
  • Berpengetahuan dalam bidang fizik dan metamatik.
  • Mempunyai idea dan kreatif.
  • Boleh bekerjasama secara berkumpulan
  • Tekun dan sanggup bekerja keras.
  • Mempunyai kemahiran dan pengetahuan komputer.
  • Berkemampuan dalam menyelesaikan masalah.
  • Semangat kerja berpasukan.

Tahniah....sekiranya korunk berjaya melepasi segala halangan dan cabaran semasa di Universiti dan lulus dengan jayanya, peluang kerjaya korunk amat cerah. Kenapa aku katakan cerah sebab permintaan untuk jawatan jurutera awam boleh dikatakan tinggi. Kebarangkalian anda untuk menganggur selepas tamat universiti adalah amat rendah. Kecualilah kalau korunk nak pilih menganggur itu sebagai satu kerjaya. Keperluan ini semakin bertambah dengan meningkatnya pembangunan negara. Oleh itu, korunk bolehlah memilih samada untuk berkhidmat di sektor awam atau pun swasta. Peningkatan Permintaan Jurutera Awam seiring dengan Peningkatan Pembangunan.

Setelah korunk dah menceburi bidang jurutera awam...antara tugas Jurutera Awam ialah merancang, mengurus, mereka bentuk, menyelia pembinaan dan penyelenggaraan pelbagai perkhidmatan umum, komersil, binaan serta kemudahan perusahaan. Mepunyai kemahiran menyelesaikan masalah seperti pengetahuan tentang kerja-kerja pembinaan. Melibatkan lawatan ke tapak binaan menjalankan tinjauan, memperolehi contoh batu-batan dan tanah untuk dianalisa bagi memastikan sesuatu projek selamat serta mengambil kira penganggaran kos dan menolong menentukan supaya projek tersebut selesai dalam jangkamasa yang ditetapkan. 

Seperti yang aku katakan dalam entry yang lepas..bidang kejuruteraan awam ni besar dan pelbagai..so..antara kelas Jurutera Awam ialah...Jurutera awam, jurutera awam pembinaan bangunan, jurutera awam lebuh raya dan jalan raya, jurutera awam geoteknik, jurutera awam pembinaan jambatan, jurutera awam pengairan, jurutera awam hidraulik, jurutera awam kumbahan...

ok..ni je la yang aku dapat explain kat korunk mengenai kerjaya sebagai Jurutera Awam...nak mencapai kerjaya macam ni bukannya mudah..pelbagai cabaran dan halangan yang perlu ditempuhi..tapi..apa yang penting minat dan semangat perlu ada sebelum menceburi bidang ini..ok..tq sebab sanggup baca entry aku sampai habis... :)

p/s: tunggu next entry "Civil Engineering"

8 comments:

  1. Civil engineering memang luas cabangnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..pelbagai kerjaya daripada bidang Civil Engineering

      Delete
  2. menarik jugak bidang civil engineering nie..thanks for this information..tapi tak minat la..sebab tu seribupilihan ambil medical..tapi kawan ramai yg ambil engineering nie..tapi takpe la, semoga berjaya dlm semua bidang yg anda ceburi..:-)

    ReplyDelete
  3. Slain bdng kjuruteraan awam... Ulasan dlm bdng Kjuruteraan elektrikal n mekanikal ad x?

    ReplyDelete
  4. hello.. apakah subjek2 yang akan kita belajar nanti??

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya..Univrsti akan bg list subjek semasa pendaftaran

      Delete
  5. semua engineer boleh dapat jawatan i.r kan? mcm mana nak bkk syarikat sendiri kalau jurutera awam ni? mohon pencerahan

    ReplyDelete