TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Thursday, February 25, 2016

Drama Uda Dan Dara - Sinopsis

Drama Uda Dan Dara
Drama Uda Dan Dara
Sinopsis

Drama adaptasi novel terbaru iaitu drama Uda Dan Dara yang diadaptasi dari novel karya Aisya Sofea. Ianya diarahkan oleh Ejump Zahir dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Gadingan pelakon popular iaitu Zul Ariffin dan Siti Saleha ini akan mula ditayangkan pada 24 Februari 2015 setiap isnin hingga jumaat pukul 6 petang. Nantikan drama 65 episod ini di Astro Prima dan Maya HD.

Pelakon Drama Uda Dan Dara

Zul Ariffin sebagai Izzat Hilman
Siti Saleha sebagai Siti Mariam 
Idris Khan sebagai Imran
Dilla Ahmad sebagai Datin Nora
Anis Al-idrus sebagai Khalida
Dynas Mokhtar sebagai Kak Yah 
Zuhairah Zahir sebagai Norly
Ezzaty Abdullah sebagai Nurul Huda
Arash Mohd sebagai Abah Majid
Sherry Merlis sebagai Zaharah
Nazia Mustafar sebagai Kak Aida
Atiqa Farhana sebagai Nija
Shahrul nizam sebagai Sahlan
Balkisyh Semundur Khan sebagai Rokiah


Sinopsis Drama Uda Dan Dara

Kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, Mak Cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman. Walaupun itu cinta zaman kanak-kanak, Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa. Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman.

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Izzat Hilman mahukan hubungan mereka kembali terjalin tetapi tidak pada Siti Mariam. Kenangan silam masih membayangi setiap langkahnya. Dia sedar, dahulunya dia adalah seorang gadis gemuk yang tidak cantik yang menjadi bahan ejekan lelaki itu. Tetapi kini apabila dia sudah menjadi seorang gadis yang cantik, yang langsing, lelaki itu mulai mendekatinya dan memuji-muji dirinya.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”

No comments:

Post a Comment