Monday, November 2, 2015

Drama Kau Aku Kita - Slot Lestary TV3

Drama Kau Aku Kita
Drama Kau Aku Kita
 Slot Lestary TV3

Drama adaptasi novel yang akan ditayangkan di Slot Lestary TV3 iaitu drama yang bertajuk 'Kau, Aku, Kita’. Novel karya Orkid Edyliyne dan diarahkan oleh sutradara Azman Yahya akan mula ditayangkan pada 28 Oktober 2015. Drama ini diterajui oleh Syarul Ridzwan bersama Janna Nick. Nantikan drama 13 episod ini ditayangkan di Slot Lestary TV3 pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam.

Pelakon Drama Kau Aku Kita

Syarul Ridzwan 
Janna Nick
Isey Fazlisham
Adeline Tsen
Tunku Hanis
Hafidz Roshdi
Shamsul Ghau Ghau
Kay Maria


Sinopsis Drama Kau Aku Kita

Lebih menarik apabila pertemuan Iman dan Aus adalah kerana mereka berkongsi nama yang sama. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dari dunia glamornya. Penjahat yang menjerit nama ‘Iman Firdaus’ menyebabkan mereka berdua menggelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai seorang selebriti. Jawapannya mudah kerana Iman sendiri tidak mampu mempunyai televisyen apatah lagi masa untuk menontonnya.

Dalam masa yang sama, Aus sering ditanyakan ayahnya, Dato’ Ashari Irfan seorang ahli perniagaan berjaya yang tidak tahan mendengar cerita gosip mengenai anaknya yang dikaitkan dengan ramai pelakon dan model wanita. Ayah Aus seorang yang rendah diri namun permintaannya mudah agar Aus segera menamatkan zaman bujangnya dengan sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat dan status.

Aus tertarik dengan Iman yang tidak mengenali dirinya langsung lantas memikirkan bahawa Iman adalah jodohnya yang paling tepat. Aus dengan segera melamar Iman. Iman tidak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tetapi dia tahu tanggungjawabnya adalah untuk memberi kesenangan kepada adik-beradiknya. Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka memulakan hidup baru.

Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kemanisan berumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Adakah Aus berjaya menambat wanita polos sesuci Iman?

No comments:

Post a Comment