Thursday, August 6, 2015

Serpihan di Pulau Reunion sah milik MH370

Serpihan di Pulau Reunion sah milik MH370
Serpihan di Pulau Reunion sah milik MH370

Selepas 515 hari mesteri kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014, penantian keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, malah seluruh rakyat negara ini berakhir awal pagi tadi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion, timur Madagascar, 29 Julai lalu disahkan daripada pesawat itu.


Hari ini, 515 hari sejak hilangnya pesawat, dengan berat hati saya harus maklumkan bahawa pasukan pakar antarabangsa dengan muktamad mengesahkan bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion daripada MH370.

“Kita sekarang mempunyai bukti fizikal, seperti saya umumkan tahun lalu bahawa pesawat MH370 dengan tragisnya berakhir di selatan Lautan Hindi,” katanya.

1 comment: