TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Saturday, February 2, 2013

Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013



Tahun 2013..sekali lagi Kerajaan Negeri Terengganu melancarkan Tahun Melawat Terengganu (TMT).. Tujuan kerajaan negeri menperkenalkan TMT adalah untuk melonjak sektor pelancongan negeri bagi memastikan sasaran kira-kira empat juta pelancong mengunjungi negeri Terengganu pada tahun 2013..

okay..ni la logo TMT 2013...
cantik dan unik..bab kata orang ganu.."comel lotel"
penyu dijadikan main icon dalam logo ni
kerana..Terengganu memang terkenal dengan penyu..
Bola sepak Terengganu pun..Skuad Penyu orang panggil...
selain itu jugak..ciri-ciri tradisional juga terdapat dalam logo ni..
iaitu simbol batik...
kalau sebut pasal batik...confirm la orang akan ingat Terengganu..
Terengganu kan syurga batik...


Zizan Raja Lawak sebagai duta TMT 2013 
Zizan adalah anak jati Terengganu..so..sesuai la jadi duta TMT untuk memperkenalkan negeri Terengganu dan mempromosi loghat Terengganu kepada orang luar..

Gambar-gambar kat bawah ni..
antara permandangan yang menarik di negeri Terengganu

Jambatan Sultan Mahmud

Masjid Kristal


Masjid Terapung

Pantai Chendering


So..apalagi..jom la datang Terengganu..


Negeri Cantik, Budaya Menarik
~Visit Terengganu 2013~

2 comments:

  1. selamat melawat/melancong ke negeri kami..saya pon org ganu jugak..terengganu memang cantik dan sohor..:-)

    ReplyDelete