Selamat Datang Musim Tengkujuh
1st day d Parit Raja selepas mid sem break....cuaca dah tak menentu kat sini..hujan je...mengikut Portal Banjir...di Johor..dah 727 orang mangsa banjir..daerah yang terlibat ialah di Batu Pahat (info: Portal Banjir)..memang telah menjadi kelaziman setiap kali penghujung tahun antara bulan Oktober,November dan December musim tengkujuh akan melanda negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung seperti, Pahang, Terengganu dan Kelantan (sekarang..Johor dah terlibat sama). Apabila tibanya musim banjir hujan akan turun tanpa henti-henti, adakala lebat dan adakala sederhana.
Sekirannya hujan berlarutan sampai dua tiga hari, maka air hujan mula memenuhi sungai-sungai, paras air sungai bertambah dan menjadi tinggi lalu ianya akan merebak kekawasan rendah dan banjir pun akan berlaku. Bagi kanak-kanak dan remaja, mereka amat gembira apabila setiap kali musim banjir tiba. Inilah pesta tahunan bagi mereka iaitu Pesta Banjir...Seingat aku masa bergelar seorang budak kecik, kalau banjir, seronok sangat sebab dapat main air.Area kat tempat aku tinggal kawasan lembah n tepi sungai. So kalau hujan memang confirm naik air..tapi..nasib baik rumah aku ni patern tinggi..so..jarang air banjir masuk dalam rumah..seingat aku..pada tahun 2008 air banjir naik sampai masuk bahagian dapur rumah aku..
Aktiviti yang paling seronok kalau banjir...dapat tangkap ikan...pukat memang selalu standby kalau tiba musim tengkujuh..tangkap ikan bukan nak makan pun..sebab aku ni jenis x makan ikan air tawar..so...kalau dapat ikan...letak dalam akuarium (buat koleksi)..tapi...tak seronok kalau terserempak dengan si ular time memukat 2...(confirm lari laa...)
Budak-budak confirm gembira kalau banjir..tapi..Pening kepala bagi ibubapa. Bukan apa takut naik air dalam rumah, kereta nanti nak parking mana,susah nak jemur pakaian n takut binatang-binatang liar masuk dalam rumah. Berkerut habis bukan diorang nih. Kanak-kanak jugak yang gembira sakan. Tapi ade jugak mak bapak kanak-kanak terlebih sakan happynya dari kanak-kanak...hehe..Syok diorang kate boleh main air setahun sekali...
Bisnes man lagi seronok. Untung memang untung. Tiub tayar besar kecik (buat pelampung), payung dan apa saja dikaitkan dengan hujan dan banjir ni akan laku..time aku kerja kat pasaraya tahun lepas...baju hujan,payung n kasut getah laku giler2 n cepat je stok habiskalau start je musim hujan...
Ada satu lagi yang best kalau musim hujan..Makanan yang tak pernah ade bulan lain akan menjelma dalam musim tengkujuh nie. Putu, ubi rebus.... Fuhh...sedak weh, lapor rasanya...cerita pasal ubi...kalau musim hujan..ramai la peniaga ubi ditepi-tepi jalan (macam cedawan tumbuh selepas hujan) di Kuala Terengganu..meriah...macam-macam jenis ubi ada..jenis ubi yang tak pernah aku tengok pun ada..pelbgai bentuk n warna..
Apapun dalam kita asyik dan berseronok meraikan Pesta Banjir, harus diingat, awasilah anak-anak kita ataupun diri kita sendiri supaya tidak menjadi mangsa korban banjir.ingat!!... Seronok-seronok jugak tapi safety kena jaga. Kita tak nak musibah berlaku dalam keluarga kita hanya kerana sikap pandang mudah kita.
untuk info mengenai banjir klik link ni..
No comments:
Post a Comment