TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Wednesday, October 31, 2012

Kata-Kata Santapan Minda



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum...
Apa khabar semua
okay..kali ni aku nak share satu twitter yang selalu aku follow...





Twitter @SantapanMinda banyak tweet mengenai kata-kata yang banyak memberi semangat, teladan, motivasi dan banyak lagi...
Kata-Kata tersebut banyak diambil dari ilmuan islam, hadis2 dan sahabat-sahabat Nabi S.A.W


Antara tweet dari @SantapanMinda:

  • Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. - Saidina Ali Abi Talib 

  • Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya. 

  • Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kaya dan miskin di hadapankeadilan adalah sama. - Hamka

  • Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan. 

  • Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan 

  • Bila nak buat benda baik, banyak saja halangan. Kerana Allah sedang menguji kekuatan hati kita dalam membuat kebaikan. Jangan putus asa. 

  • Berkongsilah walau setitik madu suatu kebaikan, berkongsilah walau sesudu garam dosa demi pengajaran, kerana kelak itulah buah bekalan. 

  • Orang yang hebat tidak akan melenting apabila dicaci, ia akan terus tersenyum, bersabar dan mendoakan yang baik-baik. 

  • Sentiasa mengucapkan syukur dengan kurnianNya walaupun kita telah berusaha keras untuk memperolehi sesuatu kejayaan 

  • 1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama-lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan. 

  • Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang 

  • Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup. 

  • Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya - Ibnu Qayyum 

  • Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain. 

  • Pada saat kita merasakan kita terbeban & tidak punya siapa di sisi,pd saat itulah Allah sedang memerhatikan kita dgn penuh rasa kecintaanNya 

  • Hidup di dunia ini tidak ubah seperti seorang musafir yg sdg bernaung di bawah sebatang pohon yg sebentar kemudian pergi & meninggalkannya. 

  • Melakukan kejahatan kepada orang lain bukan sahaja merosak dan menganiayai mereka bahkan turut merosakkan diri sendiri. 

  • Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada 

  • Walaupun kita betul, tidak bermakna kita layak untuk menghina orang lain yang melakukan kesalahan 

  • Periksalah buku kenanganmu semalam, dan engkau akan tahu bahawa engkau masih berhutang kepada manusia dan kehidupan. 

  • Sahabat yang celaka itu sentiasa melalaikan kita, tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita. 


*nak banyak lagi kata-kata yang menarik..jangan lupa follow twitter @SantapanMinda


No comments:

Post a Comment