TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Saturday, July 16, 2011

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban



Pejam celik pejam celik kita dah pun menghampiri pertengahan Syaaban kan? Tak lama lagi Ramadhan! wahhh kejapnya masa berlalu... Seperti yang kita semua tahu, 2 bulan terakhir sebelum Ramadhan ni adalah bulan di mana kita boleh perbanyakkan Ibadah, bulan di mana kita boleh pertingkatkan amalan. Selain puasa, bersedekah kita juga boleh memanfaatkannya dengan menyambut malam Lailatul Qadar dan Nisfu Syaaban.


Israk Mikraj dah lepas iaitu di bulan Rejab, akan datang pada malam ini adalah merupakan Malam Nisfu Syaaban. Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban. Bermakna tahun ini jatuh pada malam ini iaitu siangnya 14 Syaaban, dan menjelang malamnya masuk waktu Maghrib adalah 15 Syaaban... faham anak-anak??? bagus.....


Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.
"Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)


Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

  • Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini:
  1. Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah.
  2. Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
  • Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya.
  1. Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah.
  2. Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah.
  3. Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman.
  • Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban).
Wah, banyaknya kelebihan Malam Nisfu Syaaban ni kan? Agak-agak boleh tak berpuasa?

Ingat korang, sebaik masuk je waktu Maghrib hari ini buku catatan amalan korang akan diganti dengan yang baru. Dan amalan yang akan korang lakukan pada waktu tersebut tu lah akan jadi amalan pertama yang dicatatkan. So, korang pilih masa tu korang nak buat apa? Pastikan ianya adalah perkara yang bermanfaat dan membawa kebaikan.. oke?;)

Renung-renungkan dan selamat beramal!!

No comments:

Post a Comment