Drama bersiri terbaru di Astro Ria & Ria HD, gandingan Fattah Amin dan Fathia Latiff iaitu Plan Cinta Tak Jadi. Drama terbitan Orange Tree Production Sdn Bhd ini akan mula bersiaran pada 10 Ogos 2015, setiap hari Isnin jam 10 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Mengisahkan pengorbanan seorang gadis bernama Melina yang cuba mengembirakan rakan serumahnya, Cici setelah Cici dikecewakan oleh kekasihnya Fariz. Melina memulakan plannya dengan memperkenalkan Cici kepada rakan sekolahnya, Suffian.