Setelah aku madukan Nuffnang selama 3 hari lepas, akhirnya dia tarik keistimewaan yang diberikan selama ini kepada aku. Sekarang, status akaun Nuffnang aku "Non-Glitterati". Nuffnang dah kecewa dengan kesetiaan aku kepadanya selama ini. Maafkan aku cik Nuffnang..hehe.. Tak apa, walaupun bukan dalam status ahli istimewa, aku still lagi letak cik Nuffnang ni dalam blog aku. Tak nak la cerai terus, kesian jugak kat cik Nuffnang.
Sekarang ini, ada jenis iklan dalam blog ini iaitu Nuffnang, Innity dan Komli. Tetapi, kadang-kadang..aku ada letak jugak banner 8Share dalam blog ini. Tapi, tak selalu..biasanya, 8share banyak aku share iklan kat laman Facebook. Innity dan Komli adalah pendatang baru dalam blog ini, sebab mereka la cik Nuffnang merajuk dan kecewa. Sekarang ini, dalam proses penyesuaian diri bagi iklan-iklan dalam blog ini. Harap, semua jenis iklan yang ada dalam blog ini ok.
p/s: bila check cik Nuffnang nak sampai ni..
