TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, December 5, 2016

Drama Lara Cinta Ameena - Sinopsis

Drama Lara Cinta Ameena
Drama Lara Cinta Ameena
Slot Samarinda TV3
Sinopsis

Drama terbaru di slot Samarinda TV3 bejudul Lara Cinta Ameena yang mengandingkan pelakon Tiz Zaqyah dan Raja Afiq. Drama bersiri 15 episod ini, terbitan Tanah Beris Film Production dan arahan Shuhaimi Lua. Ianya mula ditayangkan pada 30 November 2016, setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam.


Pelakon Drama Lara Cinta Ameena
Raja Afiq sebagai Radhuan
Tiz Zaqyah sebagai Ameena
Fazlina Ahmad Daud sebagai Kirana
Zarina Zainoordin sebagai Ezaty
Lia Natalia sebagai Rosita
Fazren Rafi sebagai Syamil
Danish Hazriq sebagai Jeffrey
Wilma Muhammad sebagai Atikah
Ayuna Yusof sebagai Nora
Wan Syafek sebagai Haris
Ferth Jasni sebagai Imran
Feiyna Tajudin sebagai Lyana


Drama Lara Cinta Ameena

Mengisahkan Ameena seorang anak yatim piatu manakala Radhuan pula anak hartawan. Cinta mereka bersatu seketika namun terpisah oleh fitnah yang ditabur oleh Puan Kirana, ummi Radhuan. Ameera diceraikan lalu dia membawa diri ke Sabah. Hidup Radhuan kosong tanpa Ameena. Hati Radhuan terpenjara dalam perkahwinan yang tidak bahagia dengan Ezaty. Di Sabah Ameena melahir dan membesarkan Jeffrey sendirian. Ameena terpaksa kembali ke Kuala Lumpur kerana Jeffrey sakit tenat. Pertemuan tak terduga dengan Ameena membuatkan Radhuan memburu cinta Ameena kembali. Ameena terpaksa mengelak kerana diperas ugut oleh bekas mertuanya. Hancur hati Radhuan yang selama ini menginginkan seorang anak, apabila mengetahui bahawa Ameena menyembunyikan anak mereka selama ini. Kebencian Radhuan membara terhadap Ameena apabila anaknya mati dipangkuannya tak sampai sejam mereka berjumpa. Ameena pergi membawa hati yang lara.

No comments:

Post a Comment