TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Sunday, June 12, 2016

Drama Ketupat Palas Mr Handsome

Drama Ketupat Palas Mr Handsome
Drama Ketupat Palas Mr Handsome 

Slot Lestary terbaru TV3 yang akan mengantikan Drama Mak Cun 2 iaitu drama yang berjudul Ketupat Palas Mr Handsome. Drama terbitan Country & Universal Sdn Bhd, arahan Mohd Latiff Zami (Yeop Hitler) mengandingkan pelakon utama Mira Filzah dan Fattah Amin. Ianya juga menampilkan pelakon seperti Shah Sulaiman, Aisya Hasnaa, Eyka Farhana, Marisa Yasmin, Firdaus Ghufran. Drama ini akan ditayangkan bermula 23 Jun 2016, setiap Rabu hingga Jumaat pada 9 malam di TV3.

Sinopsis Drama Ketupat Palas Mr Handsome

Kruz berasal dari keluarga berada. Dia telah memenangi pertandingan Mr. Handsome yang dianjurkan oleh satu majalah ternama. Namun apa yang tidak diketahuinya adalah sebagai pemenang, dia perlu melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan di sebuah kampung yang terpencil sepanjang bulan Ramadan. Di hadapan kamera, dia akan berlakon mengerjakan tugasannya, namun di belakang kamera dia menyuruh pembantunya, Jintan Manis lakukan tugasannya. Kemudian dia bertemu dengan Ayu dan jatuh hati kepadanya. Ayu tidak seperti bekas kekasihnya kerana Ayu pintar, sopan dan cantik luar dan dalam. Secara perlahan-lahan, Kruz berubah menjadi lebih baik. Namun, kerana Salah faham, Ayu memikirkan yang Kruz hanyalah ingin memainkan perasaaanya sahaja.


No comments:

Post a Comment