TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Tuesday, April 5, 2016

Drama Duda Terlajak Laris - Sinopsis

Drama Duda Terlajak Laris
Drama Duda Terlajak Laris
Slot Akasia TV3
Sinopsis

Drama adaptasi novel terbaru karya Aifa Batrisya berjudul Duda Terlajak Laris yang ditayangkan di Slot Akasia TV3. Ianya menampilkan pelakon Idris Khan dan Zara Zya sebagai peneraju utama drama tersebut. Drama 26 episod ini akan ditayangkan 11 April 2016, pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7.00 malam di TV3.


Pelakon Drama Duda Terlajak Laris

Idris Khan sebagai Zafran Aldrin (Zack ) 
Zara Zya sebagai Pehah / Inas 
Bella Nazari sebagai Idayu 
Wawa Zainal sebagai Anis 
Nabihah Anis Al-Idrus sebagai Zainura 
Kuza Muzaini sebagai Zah 



Sinopsis Drama Duda Terlajak Laris

Mengisahkan Zafran Aldrin (Zack) disuruh bernikah diusia 18 tahun. Ini semua bermula dari satu insiden menukar sebiji mentol, perangkap yang dibuat oleh Pehah, adik angkat Bob sahabatnya. Demi menjaga air muka tok ayah sebagai imam masjid kampung. Zack menikahi Pehah di usia yang muda. 
Selepas kejadian itu Zack melarikan diri dan meninggalkan Pehah tanpa pesan. Zack mengambil keputusan untuk lari ke Aussie, Australia dan tinggal bersama kakaknya, Zainura sambil menyambung pelajarannya di sana. 

Dua tahun berlalu, Zack pulang semula ke kampung selepas menerima panggilan pemergian Tok Ayah yang disayanginya. Kemudian, Zack menceraikan Pehah dengan talak satu tanpa sebarang alasan. Pehah sempat mengingatkan Zack bahawa suatu hari nanti Zack pasti akan datang mencarinya. Kata-kata itu bagai satu sumpahan apabila Zack masih tidak berkahwin walaupun kejadian tersebut sudah 8 tahun berlalu. 

Ibu Zack mahukan Zack berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Beberapa kali Zack putus tunang sehingga ibunya hampir putus asa. Zainura memperkenalkan Idayu pada keluarga mereka. Idayu telah lama menyukai Zack sejak mereka di Aussie lagi. Zack hanya menerima sahaja dia ditunangkan dengan Idayu. Pada waktu itu juga, muncul Anis Nabihah. Kehadiran Anis mengingatkan Zack kepada Pehah, bekas jandanya dulu. Zack mula mendekati Anis membuat Idayu cemburu. Idayu yang kecewa pergi buat selamanya selepas terlibat dalam kemalangan. Zack rasa serba salah dan Anis yang menjadi kawan baiknya ketika itu. 

Pada suatu hari, Zack pergi ke klinik gigi untuk mengubati giginya yang sakit. Disana dipertemukan dia dengan seorang doktor gigi yang berpudah bernama Inas. Zack mahu mengenali Inas apabila dia merasakan sesuatu yang pelik dan mula menyukai Inas. Siapakah Inas sebenarnya? Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini?

No comments:

Post a Comment