TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Wednesday, March 23, 2016

Drama Ahli Mesyuarat Tingkat - Sinopsis

Drama Ahli Mesyuarat Tingkat
Drama Ahli Mesyuarat Tingkat
Slot Iris TV3
Sinopsis

Drama terbaru di Slot Iris TV3 yang berkonsepkan komedi iaitu Ahli Mesyuarat Tingkat. Drama 20 episod ini diarahkan oleh Azman Yahya menampilkan pelakon hebat seperti Rita Rudaini, Izreen Azminda dan Sherry Al Hadad sebagai watak utama.


Pelakon Drama Ahli Mesyuarat Tingkat

Rita Rudaini
Izreen Azminda
Sherry Alhadad
Azrel Ismail
Kuna Muzani
Mia Ahmad
Lufya Omar
Nizam Rahman Dubmash
Lia Natalia
Idris Khan


Sinopsis Drama Ahli Mesyuarat Tingkat

Mengisahkan tiga sahabat baik iaitu Zai (Rita Rudaini), Ju (Izreen Azminda) dan Ira (Sherry Alhadad) yang sering berkumpul dan berjumpa di kafe milik Datin Bobo (Kuna) jika terdapat sebarang masalah yang ingin dibincangkan.

Pertemuan mereka itu sering menarik perhatian orang sekeliling ekoran aksi mereka yang dianggap keterlaluan walaupun membabitkan masalah kecil. Ia sesuai dengan ‘tagline’ mereka, ‘tak ‘over’ tak sah’.

Pada masa sama, Ju dan Ira menaruh hati terhadap anak teruna Datin Bobo iaitu Azmel (Azrel Ismail). Kedua-dua mereka saling berahsia perkara itu sehingga masing-masing memasang misi untuk menambat hati Azmel.

No comments:

Post a Comment