TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Saturday, January 23, 2016

Drama Tundukkan Playboy Itu - Sinopsis

Drama Tundukkan Playboy Itu
Drama Tundukkan Playboy Itu
Slot Akasia TV3

Drama terbaru di Slot Akasia TV3 dari adaptasi novel Tundukkan Playboy Itu karya Anjell. Drama terbitan A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd ini dibintangi oleh Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose sebagai penerajui utama. Drama 30 episod ini bakal ditayangkan pada 17 Februari 2016 nanti menggantikan drama Cinta Si Wedding Planner.

Pelakon Drama Tundukkan Playboy Itu
Hafidz Roshdi sebagai Harraz Naufal
Uqasha Senrose sebagai Nurin Areesa
Alif Satar sebagai Farhan Badriz
Mawar Rashid sebagai Elfira
Ridzuan Hashim sebagai Tan Sri Mukhriz
Navilya Husna sebagai Intan
Ziha Salleh sebagai Suliza
Faradiella Mokhtar sebagai Doktor Ida


Sinopsis Drama Tundukkan Playboy Itu

Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL

Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.

“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?

No comments:

Post a Comment