TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, September 21, 2015

Drama Tuan Anas Mikael - Sinopsis

Drama Tuan Anas Mikael
Drama Tuan Anas Mikael
Astro Ria

Drama terbaru yang akan ditayangkan di Astro Ria dan Ria HD iaitu drama yang bejudul Tuan Anas Mikael. Drama arahan Raja Ahmad Alauddin dan diterbitkan oleh Pena Creative Pictures akan mula ditayangkan pada 9 Novermber nanti. Gandingan pelakon popular itu Aaron Aziz dan Zara Zya sebagai peneraju utama.


Pelakon Drama Tuan Anas Mikael

Aaron Aziz
Zara Zya
Wan Sharmila
Shah Rezza
Raja Ilya
Normah Damanhuri
Emmelia
Sarah Anne
Fazlina Ahmad Daud 


Sinopsis Drama Tuan Anas Mikael

Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.

Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.

Di Krabi, Tuan Anas akhirnya meluahkan rasa cinta pada Ayu. Ayu pula mentah-mentah menolak. Tapi akhirnya dia setuju juga untuk berlakon menjadi girlfriend Tuan Anas didepan mak Tuan Anas untuk mengelak daripada berkahwin dengan Safra.


Video Promo Drama Tuan Anas Mikael


1 comment:

  1. macam menarik cerita ni, lebih-lebih lagi bila Aaron Aziz yang berlakon kannn? He hehe...

    ReplyDelete