TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, August 24, 2015

Drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa - Sinopsis

Drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa
Drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa

Drama bersiri terbaru terbitan Double Vision Sdn Bhd Sdn Bhd yang bertajuk 'Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa'. Pengarah drama Amor Rizan mengandngkan pelakonan Sharnaaz Ahmad, Hanis Zalikha, Mimi Lana dan pelakon dari Jepun, Shogen Itokazu di dalam drama ini. Drama 26 episod ini mula ditayangkan pada 5 Ogos 2015, setiap Rabu jam 9.30 malam di saluran Astro Bella dan Mustika HD.
Pelakon Drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa

Hanis Zalikha sebagai Alisa
Sharnaaz Ahmad sebagai Raykal
Shogen Itokazu sebagai Shun
Didie Alias sebagai Dato Sherry 
Mimi Lana sebagai Riana 

Sinopsis Drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa

Mengisahkan Alisa (lakonan Hanis Zalikha) mahu mencari ibu kandungnya yang terpisah sekian lama. Pada suatu hari, Alisa nekad menyertai latihan seni mempertahankan diri karate kerana dia diberitahu, ibunya merupakan seorang juara dalam bidang tersebut. Biarpun tinggal bersama bapanya, Amran, namun dia tidak pernah diberitahu mengenai sejarah silam antara bapa dan ibunya. Sehinggalah rahsia tersebut terbongkar sedikit demi sedikit apabila Alisa telah menyelamatkan seorang lelaki bernama Rykal (Sharnaaz Ahmad).


Rykal adalah anak kepada Datuk Sherry yang juga merupakan kawan baik kepada Amran. Sejak itu, Datuk Sherry mendedahkan cerita mengenai ibu kandung Alisa yang masih belum ditemuinya. Sewaktu Alisa dihantar ke Okinawa untuk menjalani latihan karate, dia telah berkenalan dengan seorang jurulatih bernama Shun (lakonan Shogen). Secara tidak sengaja, dia menaruh hati kepada jejaka tersebut sehinggakan mempunyai musuh bernama Riana. Tanpa disedari, Alisa mendapati salah seorang daripada mereka merupakan adik-beradiknya.


Video Promo Drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa


No comments:

Post a Comment