TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Sunday, July 12, 2015

Iklan Raya TNB 2015 - Sinar Baru

Iklan Raya TNB 2015

Iklan Raya TNB 2015
Sinar Baru


Pada Hari Raya tahun ini, Tenaga Nasional akan memaparkan sebuah iklan yang menarik yang mengisahkan tentang transformasi diri yang akan kita lalui setelah menempuh Ramadan selama sebulan. Bulan Ramadan adalah bulan yang terbaik untuk kita melatih diri dan memulakan azam baru. Iklan ini mengajak kita untuk bersama sama merenung dan bermuhasabah diri agar terus berusaha untuk mengekalkan nilai – nilai murni ini, selama diizinkan.

Mesej yang disampaikan sebenarnya universal. Ia boleh dikatakan sesuai untuk pelbagai kaum di Malaysia. Kita percaya, walaupun cara penyampaian iklan ini agak berbeza tetapi amat bermakna untuk kita mengambil iktibar daripadanya. Harapan kami semoga penonton akan terhibur dan memahami maksud yang ingin disampaikan melalui filem Sinar Baru ini.

No comments:

Post a Comment