TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Tuesday, July 21, 2015

Drama Abang Sado Kau Ado - Drama Raya TV3 2015

Drama Abang Sado Kau Ado
Drama Abang Sado Kau Ado
Drama Raya TV3 2015

Drama khas sempena Aidilfitri 2015 di TV3 iaitu Abang Sado Kau Ado di bintangi oleh pelakon seperti Adiba Yunus, Sharnaaz Ahmad, Izara Aishah, Idris Khan, Shiha Mentor, Dottie, dan ramai lagi. Drama 4 episod ini akan mula bersiaran bermula Raya ke-3 hingga ke-6 pada jam 9 malam.



Pelakon Drama Abang Sado Kau Ado

Adiba Yunus sebagai Miskiah
Sharnaaz Ahmad sebagai Sharnaaz
Izara Aishah sebagai Sherry
Idris Khan sebagai Hafiz
Shiha Mentor sebagai Sofea
Dottie sebagai Nab 
Mama Norlia Ghani sebagai Mak Long


Sinopsis Drama Abang Sado Kau Ado

Mengenai seorang remaja kampung bernama Miskiah, yang merupakan seorang nelayan sungai. Miskiah sangat meminati artis popular yang berbadan tegap iaitu Sharnaaz Ahmad dan menggunakan media sosial untuk memasuki satu pertandingan di mana hadiah utama berupa peluang berhari Raya bersama Sharnaaz Ahmad. Biarpun Miskiah dikutuk oleh kerana obsesinya itu, namun, gadis tersebut yakin bahawa dia akan memenangi pertandingan tersebut dan impiannya untuk berjumpa dengan Sharnaaz Ahmad akhirnya menjadi realiti. Dalam masa yang sama Miskiah pula digilai oleh Hafiz, namun cintanya tidak diterima kerana Miskiah terlalu obses dengan abang sadonya Sharnaaz. Sofea pula terhegeh-hegeh sukakan Hafiz. Adakah cinta mereka kesampaian? Berjayakah Hafiz mendapat Miskiah dari Syarnaaz?

No comments:

Post a Comment