TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, June 8, 2015

Drama Hidayahmu Ramadan - Slot Samarinda TV3

Drama Hidayahmu Ramadan
Drama Hidayahmu Ramadan
Slot Samarinda TV3

Drama slot Samarinda TV3 sempena bulan ramadan pada tahun ini iaitu 'Hidayahmu Ramadan'. Sebuah drama karya Azlina Pa'wan, arahan Eoon Shuhaini. Drama 17 episod ini dibintangi oleh ara Zya, Aeril Zafril, Nazrief Nazri, Roy Azman dan ramai lagi. Bersiaran mulai 4 Jun ini, setiap Selasa hingga Khamis jam 10.00 malam di TV3.



Sinopsis Drama Hidayahmu Ramadan

Hidayah dan Nazir adalah sepupu yang sangat rapat walaupun mereka berasal daripada latar belakang yang berbeza. Ibu bapa mereka jarang berhubung kerana orang tua Nazir memandang rendah terhadap keluarga Hidayah yang miskin. Selepas 11 tahun, Nazir kini graduan universiti yang sedang mengikuti semester terakhir manakala Hidayah pula seorang pelajar Tingkatan Enam. Hidayah bercita-cita untuk menyambung pelajarannya di menara gading seperti Nazir. Namun segalanya berubah kerana ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan. Ibu bapa Nazir enggan menjaga Hidayah. Jadi, Nazir mula memberi perhatian keatas Hidayah dan mereka sering berkongsi masalah. Ibu Nazir mahu memisahkan mereka berdua kerana tidak rela memberi Hidayah sebagai menantunya jika Nazir mula menyanyangi Hidayah seperti teman istimewanya.

No comments:

Post a Comment