TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, June 22, 2015

Drama Eksperimen Cinta - Slot Dahlia TV3

Drama Eksperimen Cinta
Drama Eksperimen Cinta
Slot Dahlia TV3

Drama adaptasi novel Eksperimen Cinta disiarkan slot Dahlia TV3. Fahrin Ahmad akan bergandingan dengan Izreen Azminda sebagai watak utama. Novel karya Anjell ini diarahkan oleh Emi Suffian, terbitan Zeel Production. Drama 24 episod ini mula bersiaran pada setiap sabtu dan ahad jam 7:00 malam.



Pelakon Drama Eksperimen Cinta

Fahrin Ahmad sebagai Tengku Aaron
Izreen Azminda sebagai Damia Farisha
Ammar Alfian Aziz sebagai Adam Haris
Mira Filzah sebagai Suraya
Faye Kusairi sebagai Salmi
Mimi Lana sebagai Mellisa
Ryiena Ismail sebagai Nana
Sherry Ibrahim as Seri
Mei Fenlim as Lucy


Sinopsis Drama Eksperimen Cinta

Kali pertama bertentang mata, Tengku Aaron Shah sudah mula tertarik dengan perwatakan Damia Farisha Razak yangg lain daripada perempuan lain di sekelilingnya. Sangat tak terduga sikapnya. Tengku Aaron mengugut Damia untuk menerima lamarannya, semata-mata hanya untuk bereksperimen cinta. Hakikatnya, perkahwinan itu adalah untuk mengaburi mata semua orang terutamanya kembarnya Tengku Andrean yang dianggapnya telah merampas kekasihnya, Seri. Aaron mahu tunjukkan yang dia juga boleh hidup bahagia. 

Kehidupan mereka berubah apabila duduk serumah. Cemburu menguatkan rasa hati. Berjauhan membuaikan rasa rindu. Kehadiran Salmi yangg cuba menuduh Tengku Aaron menghamilkannya mengganggu kebahagiaan rumahtangga mereka. Bagi Damia selagi lafaz talaq tidak terucap, selagi itu maruah Aaron akan dijaga.

No comments:

Post a Comment