TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Wednesday, May 27, 2015

Drama Padamu Aku Bersujud - Slot Azalea TV3

Drama Padamu Aku Bersujud
Drama Padamu Aku Bersujud
Slot Azalea TV3

Drama terbaru di Slot Azalea TV3 iaitu drama Padamu Aku Bersujud. Drama bersiri 24 episod ini adalah terbitan A - Ten Alliance (M) Sdn Bhd. Jangan ketinggalan untuk menonton siri drama terbaharu menerusi slot Azalea bermula 26 Mei ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.00 petang di TV3.

Pelakon Drama Padamu Aku Bersujud

Syazwan Zulkifly (Amin), Leez Rosli (Sakinah), Bil Azali (Khairi), Shenty Feliziana (Rihanna), Shiqin Kamal (Ika), Reza Hasbi (Iqram), Mubarak Majid (Pak Leman), Ku Fridah Ku Shafie (Mak Siah), Zaidi Omar (Datuk Jamil), Aleeza Shahdan (Datin Zulaika) dan Fikhree Bakar (Taufiq). 

Sinopsis Drama Padamu Aku Bersujud

Drama ini mengisahkan mengenai Pak Leman yang meletakkan harapan tinggi di atas anaknya, Amin untuk mengubah nasib keluarga mereka. Selama ini, Pak Leman bekerja keras di bendang yang dipajak kepada abangnya, Datuk Jamil. Bagi Pak Leman, hanya dengan pelajaran saja dapat mengubah kehidupan mereka.

Sayangnya, Amin gagal memperoleh keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan juga tipis. Pak Leman amat kecewa dengan keputusan SPM Amin yang hanya meraih pangkat dua. Dia mula mengungkit bahawa Amin memang tidak boleh diharap. Amin meninggalkan kampung untuk mencuba nasib di Kuala Lumpur. Mak Siah memintanya pergi berjumpa dengan Datuk Jamil, adik kepada Pak Leman tetapi Amin ralat dengan permintaan Mak Siah kerana Datin Zulaika memang memandang rendah atas keluarga. Selama ini, Datin Zulaika tidak suka apabila anaknya, Ika rapat dengan sepupunya, Amin.

Tambahan pula Datin Zulaika masih berdendam dengan Mak Siah. Datin Zulaika menuduh Mak Siah menggunakan khidmat bomoh untuk memisahkan hubungannya dengan Datuk Jamil. Datin Zulaika dan anaknya, Ikram selalu berlagak dan menghina keluarga Amin. Amin meminta tolong secara rahsia daripada Ika. Malangnya, Iqram sudah melakukan sabotaj dan Amin tidak dapat menghubungi Ika setelah tiba di Kuala Lumpur. Amin mati akal dan bercadang mahu pulang ke kampung sahaja. Ketika itulah Amin sedar bahawa Pak Leman telah menyelitkan duit dalam beg pakaiannya. Terharu dengan perbuatan bapanya, Amin mula mencari kekuatan untuk menempuh hari-hari baharu di dunia yang sangat asing baginya.

Perkenalannya dengan Taufiq merupakan titik perubahan hidupnya apabila Amin diberikan peluang bekerja di bengkel kereta milik Mr Ooi. Berjayakah Amin mengecapi kejayaan yang diidamnya? Bagaimanakah Amin berhadapan dengan pelbagai dugaan dan godaan nanti?

No comments:

Post a Comment