TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Friday, May 8, 2015

Drama Dia Isteri Luar Biasa - Slot Akasia Terbaru TV3

Drama Dia Isteri Luar Biasa
Drama Dia Isteri Luar Biasa
Slot Akasia Terbaru TV3

Slot Akasia terbaru yang akan menggantikan drama Hati Perempuan nanti iaitu drama Dia Isteri Luar Biasa. Ianya juga drama adaptasi dari novel karya Umie Nadzimah, arahan Jamal Khan (Khan Mancung), terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Drama 28 episod ini bakal ditayangkan pada 18 Mei 2015 di Slot Akasia TV3.


Pelakon Dia Isteri Luar Biasa


Shukri Yahaya
Fathia Latiff
Keith Foo
Elizad Sharifuddin
Nonny Nadirah
Uqasha Senrose
Ardell Aryana
Ziela Jalil
Syatilla Melvin
Raja Farah
Afiq Muiz
Leez Rosli
Alexx Yanz
Lia Asmizza
Azza Elite
Supyan kepoh
Liza Abdullah
Nurul Aini
Shah Rezza

Sinopsis Dia Isteri Luar Biasa


Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra yang mencari suami sementara bertujuan untuk mendapatkan anak, walaupun dia beranggap mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki. Dewi pernah mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. Sahabat baiknya, Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi. Nina anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya.

Kehadiran Dr. Raden Amzar dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Dr. Raden Amzar juga pelanggan setia Nasi Ayam Bonda dalam diam mencuri perhatian Dewi. Dewi mewarisi perniagaan Nasi Aya Bonda tersebut. Seterusnya, Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi Suami semantara. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. Mereka bernikah secara rahsia di Kota Londan.

Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi. Apakah yang terjadi seterusnya?




No comments:

Post a Comment