TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Thursday, May 7, 2015

Drama Bidadari - Slot Lestary TV3

Drama Bidadari
Slot Lestary TV3

Drama terbaru di Slot Lestary TV3 iaitu 'Bidadari'. Drama 18 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan dibintangi oleh Shah Jaszle dan Amyra Rosli. Ianya mula ditayangkan pada 30 April 2015, setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam



Pelakon Drama Bidadari 
Shah Jaszle sebagai Adie
Amyra Rosli sebagai Suria
Nonny Nadirah sebagai Tengku Tia
Syazwan Zulkifly sebagai Lukman
Sherie Merlis sebagai Delima
Sharif Sleeq sebagai Iwan
Fizo Omar sebagai Indra
Zamarul Hisyam sebagai Tuan Iskandar
Iieka Simon sebagai Mimi
Shakilla Khoriri sebagai Balqis
Amyza Aznan sebagai Mak Rock
Zarina Zainuddin sebagai Melati
Azhan Rani sebagai Anjang


Sinopsis Drama Bidadari 

Bidadari mengisahkan Suria (Amyra Rosli) anak kepada seorang penyanyi kelab, Delima (Sherie Merlis) yang terpaksa menempuh keperitan hidup tatkala berbapa tirikan Anjang (Azhan Rani). Anjang yang suka berjudi dan berfoya sentiasa mengambil kesempatan untuk mempergunakan dua beranak itu. Diherdik dan sering didera membuatkan Suria sukar menerima kehadiran lelaki di dalam hidupnya. Malah kepolosan dirinya sering mengundang niat jahat daripada insan bergelar lelaki.

Ibunya, Delima pula bagaikan menyimpan rahsia terpendam. Walaupun Suria sentiasa menyayangi dan melayan ibunya sehabis baik, Delima pula sentiasa beranggapan anak gadisnya itu tidak lebih daripada sekadar menambah beban di dalam hidupnya. Namun pada suatu hari, anak-beranak itu nekad meninggalkan rumah yang umpama neraka bagi mereka dan dipertemukan dengan takdir baharu.

Tengku Iskandar (Zamarul Hisham), pemilik Restoran Melati yang tertarik dengan nyanyian Delima sebelum ini memberikan mereka tempat berteduh untuk memulakan hidup yang lebih baik. Pertemuan singkat itu juga berjaya membuka hati Tengku Iskandar memperisterikan Delima. Jauh di hati Delima, dia hanya menginginkan kemewahan dan sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai impiannya.

Suria kini memiliki seorang adik tiri bernama Tia, (Nonny Nadirah) yang ikhlas menerima kasih sayang Delima dan Suria. Namun ketamakan Delima bakal memusnahkan segalanya apatah lagi mengetahui rahsia bahawa Tengku Iskandar menyimpan – Melati – isteri pertamanya yang koma dan dirawat di sebuah bilik rahsia. Sebuah harapan keluarga bahagia bakal berubah menjadi satu lagi dugaan besar buat Suria dan Tia.

Dalam masa yang sama, Suria didekati dua insan istimewa dalam hidupnya, Adi (Shahz Jaszle) yang ikhlas mencintainya dan Lukman (Syazwan Zulkifli), abang tirinya yang sanggup berubah bagi memenangi hati Suria.

Mampukah Suria berhadapan dengan segala rintangan dan kekal sebagai insan berhati bidadari? Apakah rahsia di sebalik kebencian Delima terhadap Suria?

No comments:

Post a Comment