TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Friday, May 29, 2015

Adab-adab berdoa - Waktu mustajab berdoa di hari Jumaat

Adab-adab berdoa, Waktu mustajab berdoa di hari Jumaat
Adab-adab berdoa
Waktu mustajab berdoa di hari Jumaat

Hari Jumaat adalah hari mustajab berdoa. Berdoalah dengan adab-adab berikut :-

  1. Menghadap qiblat, angkat kedua belah tangan dan menyapu muka di akhir doa.
  2. Merendahkan suara di antara bisik dan jahar (lantang)
  3. Hadir hati, Khusyu' dan rendah diri, berserah diri kepada Allah.
  4. Datangkan rasa 'confirm' doa akan dimaqbulkan dan benar-benar harap kepada Allah swt.
  5. Merayu bersungguh maka seeloknya diulang tiga kali.
  6. Membuka doa dengan 'Majami' al-Hamd' serta selawat ke atas Rasul salla allahu laihi wasllam dan diakhiri juga sedemikian.
  7. Istighfar dan taubat beserta doa, jika ada ZALIMI maruah atau harta orang lain WAJIB DIKEMBALIKAN SEGERA. itu adalah faktor paling kuat untuk maqbulnya doa.
  8. Memahami doa yang dipinta.

~Antara waktu mustajab berdoa di hari Jumaat adalah selepas Asar sebelum Maghrib~

No comments:

Post a Comment