TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, March 2, 2015

Drama Suami Sebelah Rumah - Slot Iris TV3 terbaru

Drama Suami Sebelah Rumah
Drama Suami Sebelah Rumah
Slot Iris TV3 terbaru

Slot Iris TV3 diteruskan lagi selepas drama Yes Boss! melabuhkan tirainya pada minggu lepas dengan drama terbaru iaitu Suami Sebelah Rumah. Drama 20 episod ini akan ditayangkan bermula 2 Mac 2015 pada jam 6:30 petang selama 30 minit. Drama terbitan Fajar Pakeer / JS Pictures Sdn Bhd ini dibintangi oleh pelakon Izzue Islam, Ayda Jebat dan ramai lagi.



Pelakon Drama Suami Sebelah Rumah

Ayda Jebat sebagai Eryna Hazwan
Izzue Islam sebagai Dr. Amar
Nazrief Nazri sebagai Azlan
Zulin Aziz sebagai Wani
Sheery Al-Hadad sebagai Anis
Hanna Aqella sebagai Iman
Ben Amirr sebagai Ziyad

Sinopsis Drama Suami Sebelah Rumah

Ayda Jebat yang memegang watak sebagi Eryna terpaksa melamar Amar untuk menjadi suaminya apabila tunangnya, Azlan lakonan Nazrief Nazri meminta pertunangan mereka diputuskan pada hari pernikahan mereka. Amar, lakonan Izzue Islam yang ternyata mencintai Eryna sedari kecil menerima permintaan Eryna dengan seikhlas hati. Tanpa pengetahuan ibu bapa masing-masing Eryna memaksa Amar untuk tinggal berasingan setelah mereka berpindah ke Kuala Lumpur. Amar akur dengan kehendak Eryna yang masih lagi belum bersedia untuk membuka pintu hati untuknya. Amar tekad untuk berusaha memikat hati Eryna dan cara terbaik ialah dengan menjadi suami sebelah rumah Eryna!

Kehadiran Amar menceriakan Iman dan Anis, teman serumah Eryna. Eryna sedaya upaya cuba merahsiakan tentang suaminya, yang kini tinggal bersebelahan dengannya. Keadaan menjadi kalut apabila teman serumah Eryna iaitu Anis jatuh hati dengan Amar. Walaupun Eryna pernah menyatakan yang dia tidak akan pernah suka atau jatuh cinta dengan Amar, kesungguhan Amar sedikit sebanyak berjaya mengetuk pintu hatinya namun dia cuba menafikan. Bagaimana reaksi Eryna apabila suaminya sendiri menjadi rebutan rakan-rakannya? Adakah Eryna masih lagi jual mahal dengan suami sebelah rumahnya itu?

Video Promo Drama Suami Sebelah Rumah



1 comment:

  1. Alamak, terlepas sebab kerja. Memang kena tengok kat tonton la camtu. hehe

    ReplyDelete