TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, March 16, 2015

Drama Isteri Separuh Masa

Drama Isteri Separuh Masa
Drama Isteri Separuh Masa
Astro

Drama terbaru yang akan menggantikan drama Suamiku Encik Sotong iaitu Isteri Separuh Masa yang akan mula ditayangkan pada 16 mac 2015. Ianya merupakan drama adaptasi novel karya Suri Ryana yang menampilkan gandingan Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong sebagai pelakon utama. Drama 15 episod ini akan ditayangkan pada setiap hari Isnin jam 10.00 malam di Astro Ria 104 dan Maya HD 135. 


Pelakon Drama Isteri Separuh Masa

Aiman Hakim Ridza sebagai Nazrin Shah
Emma Maembong sebagai Medina Izwani
Syafiq Kyle sebagai Zafril

Sinopsis Drama Isteri Separuh Masa

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca papa dan mamanya tidak menerima kekasihnya Zita sebagai menantu.Terus perang dilancarkan dengan adik angkatnya itu.Hubungan mereka menjadi rumit apabila nenek mahu menjodohkan mereka sebelum Nazrin ke luar negara.Medina sedih kerana impiannya untuk Megat Shahzril ke Ireland harus dilupakan.


Sepanjang di luar negara, Nazrin langsung tak ambik peduli hal Medina.Rasa bencinya tidak pernah surut. Nazrin hanya berbaik-baik dengan Medina pabila di depan keluarga. Di belakang, mereka ibarat kucing dan anjing, tak boleh ketemu,ada saja benda tak kena.Lain pula Medina, dia buat apa sahaja untuk menambat hati suaminya, namun gagal.

Bertahun berlalu, kini Medina bergelar Mahasiswi. Hidupnya menjadi kacau bilau bila suaminya Nazrin menjadi tutor kepada salah satu subjek yang diambilnya, siap duduk sebumbung dengan lelaki itu gara-gara nenek mahu menetap bersama mereka.

Demi cinta pada suami, Medina rela menjadi isteri Nazrin biarpun isteri separuh masa.Kehadiran bunga-bunga orkid mengingatkan medina pada Megat Shahzril.Adakah ada bunga-bunga cinta antara Nazrin dan Medina?

No comments:

Post a Comment