TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Tuesday, March 31, 2015

Drama Hati Perempuan - Slot Akasia TV3 terbaru

Drama Hati Perempuan
Drama Hati Perempuan
Slot Akasia TV3 terbaru

Drama bersiri terbaru di Slot Akasia TV3 yang akan menggantikan Drama Teman Lelaki Upahan iaitu Hati Perempuan. Drama ini adaptasi dari Novel Hati Perempuan karya Nur Ain Al-Abbas. Pelakon utama bagi drama ini ialah Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad. Drama 28 episod ini akan mula ditayangkan pada 30 Mac 2015 pada setiap isnin hingga khamis di jam 6:55 petang.

Pelakon Drama Hati Perempuan

Syarul Ridzwan - Tengku Zaril
Mia Ahmad - Yuhanis
Hafreez Adam - Daniel Idrus
Hafeez Mikail -Tengku Zarul
Nadzmi Adhwa - Tengku Zaqif
Bella Nazari - Tengku Amalin
Zuhairie Ibrahim - Tengku Hazimi
Noniswara - Tengku Durahtul
Mustaqem Bahadhon - Syed Ammar
Azlan Azman - Nazim
Beego - Umar
Niena Baharun - Maisara
Azhar Sulaiman - Tuan Izuddin
Lia Asmizza - Edrina
Hazwan Halim - Jefry
Kuna Muzani - Safiah
Ryiena Ismail - Umairah
Khatijah Tan - Puan Sri Khadijah
Aidil Aziz - Nizam

Sinopsis Drama Hati Perempuan

Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran. Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?

Video Promo Drama Hati Perempuan


No comments:

Post a Comment