TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Wednesday, February 18, 2015

Ranking Alexa 16 Februari 2015

Ranking Alexa 16 Februari 2015
Ranking Alexa 16 Februari 2015

Fuhh..dah lama tak buat entri mengenai ranking alexa. Entri ini adalah entri pertama pasal ranking alexa untuk tahun ini. Dah masuk pertengahan bulan Februari dah, tapi yang ni yang pertama. Nampak sangat dah lama aku tak update pasal ranking alexa. Sebenarnya, dah lama aku tak ambil berat sangat mengenai ranking ni. Kalau dulu, dalam sebulan ada 2 atau 3 entri pasal ranking alexa. Tak ambil berat sebab makin lama semkin membesar nombor-nombor tu. Kalau dulu tergolong dalam golongan 3 nombor untuk rank di Malaysia. Tapi kini, urmmm...malas nak taip..tengok sendiri la gambar kat atas tu. Malu pulak nak letak gambar tu..hehe.

Dan tak lupa juga, dulu blog ini pernah masuk rank 2 negara luar iaitu Indonesia dan Singapura. Tapi, sekarang jangan harap la nak dapat tu semua. Rank kat Malaysia pun dah tah apa-apa..hehe. Tak apa la, nak buat macam mana. Mungkin suatu hari nanti akan kembali balik rank macam dulu-dulu. :)

2 comments: