TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Wednesday, February 11, 2015

Drama Teman Lelaki Upahan - Slot Akasia TV3 Terbaru 2015

Teman Lelaki Upahan
Drama Teman Lelaki Upahan
Slot Akasia TV3 Terbaru 2015

Slot Akasia TV3 diteruskan lagi setelah drama Istikharah Cinta melabuhkan tirai hari jumaat lepas. Slot terbaru ini adalah adaptasi dari novel karya Azura Rasiddin iaitu Teman Lelaki Upahan. Ianyanya akan mula ditayangkan pada 9 Februari 2015 di slot akasia pada jam 7 malam.


Pelakon Drama Teman Lelaki Upahan

Ungku Ismail Aziz sebagai Ezwan Lufti
Elizad Sharifuddin sebagai Kyra Lydia
Izara Aishah sebagai Zarra
Wan Raja sebagai Yazeed
Siti Nur Zakiah sebagai Najwa
Shah Iskandar sebagai Fareez
Fikhree Bakar sebagai Haidar
Efazira Sabri sebagai Elena
Sharifah Alesha sebagai Sofea
Fazlina Ahmad Daud sebagai Alina



Sinopsis Drama Teman Lelaki Upahan

Hanya kerana satu insiden kecil, EL( Ezwan Lufti) terjebak dengan syarat gila Kyra Lydia. Bagi Lydia, EL lelaki yang sederhana, tapi bagi EL, Kyra Lydia adalah gadis yang sombong, berhati batu dan penuh dendam.

Tanpa pengetahuan keluarga EL, EL dan Lydia bersetuju yang mereka disatukan. Dalam tidak sedar,cinta berbunga mekar antara mereka. EL berjaya mengubah perangai buruk Lydia. Pada saat EL ingin meluahkan rasa hati, ujian datang dan menjadikan dia seorang pendendam.

Kyra Lydia berdendam pada ayahnya kerana baginya ayahnya punca ibu meninggalkannya. Ezwan pula kecewa bila kekasih hatinya Zara berkahwin dengan abang longnya sendiri. Hubungan Lydia dan keluarga tirinya semakin baik,namun sebaliknya bagi EL. Kemalangan yang menimpa ayah dan abang longnya membuatkan dia berjanji menjaga Zara yang mengandung. Lydia tahu,dia terpaksa melupakan EL kerana Zara cinta pertama pada EL.Apabila rahsia tentang ibu kandungnya curang dan penyakit ayahnya diketahui, Lydia mengambil keputusan memutuskan perkahwinannya dengan EL. Perkahwinan dibatalkan. Masihkah ada ruang dalam hati EL untuk Lydia?


No comments:

Post a Comment